tag:blogger.com,1999:blog-28236323815053999352024-03-07T11:34:13.645+08:00Hikayat Marhaen KacakKu Ukir Prasasti MayakuMarhaen Kacakhttp://www.blogger.com/profile/16417250512944812420noreply@blogger.comBlogger7125tag:blogger.com,1999:blog-2823632381505399935.post-51421105476643066102012-06-06T16:16:00.001+08:002012-06-06T16:41:48.126+08:00Hikayat Lubang Najis : Realiti Masa Kini, Di Manakah Anda?Alkisahnya di atas muka bumi yang dijadikan khalifah di atasnya manusia yang penuh mulia darjatnya di sisi Allah. Di utuskan hendaknya pada 1400 tahun yang lalu seorang Rasul Allah bernama Muhammad membawa sirna ke atas bumi Allah ini. Muhammad membawa pedoman dan membimbing umat-umat di atas muka bumi ini untuk menjadi khalifah yang bertakwa di sisi Allah raja sekalian alam. Walaupun setelah wafatnya junjungan besar Muhammad, dengan izin Allah, Kalam Allah terus tersebar di seluruh pelusuk dunia. Tidak kira sama ada tanah Parsi, Benua Keling, Andalusia hinggakan ke Benua Sind dilimpahi dengan rahmat Islam hasil kegigihan para pendakwah pewaris nabi hendaknya.

Dengan izin Allah serta hidayahnya, kira-kira 500 tahun yang lalu, satu bangsa bertamadun tinggi telah dimuliakan hendaknya dengan payung Islam. Hasil usaha para mubaligh dan kaedah dakwah yang berkesan, berbondong-bondong umat bangsa terhormat ini menyahut seruan Islam bersertakan raja-raja nya sekali hendaknya. Bangsa yang telah di didik dengan jalan Islam sejak sekian lama ini tidaklah dapat dipisahkan dengan Islam sehinggakan siapa sahaja yang mempunyai titisan darah keturunan bangsa ini akan dinobatkan juga sebagai seorang Islam lah jua.

Dengan ketentuan Allah, bangsa yang berpegang kepada nama Islam ini serta bangsa-bangsa lain yang bernaung di bawah payung Islam sejagat telah di uji oleh Allah setelah 1400 tahun kawafatan Muhammad yang terpuji. Ujian ini adalah amat berat sekali hendaknya. Allah sahaja yang maha mengetahui kenapa ujian ini diturunkan kepada khalifah di bumi yang dimuliakan disisi semua makhluk Allah di langit dan di bumi. Umat Islam di serata dunia nan fana’ ini telah dijerumuskan ke dalam satu lubang yang amat dalam dan dipenuhi najis-najis yang teramat jijiklah hendaknya. Tidaklah dapat jua Umat Islam di serata dunia dapat mengelak dari terjerumus di dalam lubang najis ini yang begitu dalam sekali sehingga amat sukar sekali untuk memanjat keluar dari lubang ini.

Al kisahnya bangsa yang berbondong-bondong menerima ajaran islam 500 tahun yang lalu tiadalah dapat jua mengelak dari turut sama terjerumus di dalam lubang najis yang maha dalam ini. Hendak di jadikan cerita amat terhina sekali bangsa ini setelah tercampak ke dalam lubang najis yang teramatlah busuk baunya ini. Setelah sekian lama tinggal di lubang najis yang jijik ini, bermacam-macam golongan dan puak-puak timbul di kalangan bangsa ini akibat tekanan hidup di dalam lubang najis yang teramat dalam ini.

Arakian bangsa yang berbondong-bondong memeluk ajaran islam 500 tahun yang silam ini terbahagi kepada beberapa puak dan fahaman hendaknya :

Alkisahnya Golongan Pertama dikalangan umat bangsa ini berasa senang dan tidak kisah berada di dalam lubang najis yang hina ini. Di akibatkan terlalu lama berada di dalam lubang najis ini, kelompok ini merasakan semua najis-najis yang berada di sekelilingnya adalah amat wangi sekali. Golongan ini juga yakin tiada jalan keluar daripada lubang najis ini dan mereka harus lah menggunakan najis-najis yang ada ini untuk meneruskan kehidupan di dunia yang fana’ ini. Mereka ini tidaklah mahu berusaha untuk keluar dari lubang najis ini kerana telah leka dengan ‘kewangian’ najis-najis yang berada disekeliling mereka.

Mereka ini saban hari, saban tahun mengumpul kekayaan dan harta tanpa mempedulikan nasib diri sendiri dan kaum sebangsa seagama yang terperangkap di dalam lubang taik di mana seakan-akan tiada jalan keluar ini. Bagi mereka, tiada harapan lagi untuk mereka keluar dari lubang najis dan tetap duduklah mereka bersama najis-najis itu selama-lamanya. Mereka ini adakalanya sedar akan kesyumulan Islam itu tetapi tidak yakin dengan janji-janji Tuhan Yang Esa setelah lama di racun oleh candu penjajah...

Alkisahnya Golongan Kedua dikalangan umat bangsa ini berusaha untuk keluar dari lubang najis ini walaupun laluan untuk ke atas sana teramatlah sempit dan jauh perjalanan nya. Tiada tangga mahupun tali bagi mereka gunakan untuk memanjat keluar dari lubang najis yang begitu hina ini. Golongan ini berazam dengan sepenuh hati untuk keluar dari lubang najis ini dengan apa cara sekalipun. Disebabkan ketiadaan tali ataupun tangga hatta apa-apa kenderaan pun untuk memanjat keluar dari lubang najis ini, gerombolan ini terpaksa melonggokkan najis-najis ini sedikit demi sedikit untuk dijadikan sebagai tangga naik ke atas.

Walaupun jauh sekali perjalanan menuju ke atas, kelompok ini dengan berat hati menggunakan najis yang berbau busuk ini untuk dijadikan tangga dan tali untuk memanjat keluar dari lubang yang hina dina ini. Mereka ini berazam apabila berjaya keluar dari lubang najis ini, mereka akan menarik keluar rakan-rakan sebangsa mereka yang masih berada di dalam lubang najis ini dan seterusnya memusnahkan lubang najis yang sudah lama membelenggu kehidupan mereka selama ini.

Alkisahnya Golongan Ketiga dikalangan umat bangsa ini berusaha berpesan-pesan kepada kebaikan dan kesabaran kepada rakan-rakan yang sama-sama terperangkap dalam lubang najis yang hina itu. kelompok ketiga ini ini juga bertungkus lumus mengajak kepada umat bangsa ini supaya bersabar dan tidak lupa kepada Allah raja sekelian alam walaupun telah hidup di dalam lubang najis sekian lama.

Golongan ini dengan penuh yakin berdoa dan memohon kepada tuhan untuk memberikan petunjuk bagi umat bangsa ini keluar dari najis-najis yang meloyakan ini. Golongan ini sama-sama membantu golongan lain yang berusaha ingin keluar dari lubang najis ini dengan kaedah dakwah dan penyucian hati dikalangan umat bangsa yang pada suatu masa dahulu dimuliakan dengan Islam ini.

Alkisahnya Golongan Keempat dikalangan umat bangsa ini yang tidak mahu bahu membahu dalam menolong sesama bangsa dan agama untuk keluar dari lubang najis ini. Golongan Keempat ini hanya berdoa kepada Allah supaya bantuan dari langit sampai membawa mereka keluar dari lubang najis ini. Mereka berdoa, berdoa, berdoa dan tidaklah pula berusaha untuk mencari jalan keluar seperti Golongan Kedua dan tidaklah pula melakukan usaha untuk memberi semangat kepada rakan-rakan yang sama-sama terperangkap di dalam lubang hina itu seperti usaha Golongan Ketiga.

Bagi mereka ini, berzikir, bersolat sunat dan berdoa sudah cukup mengelakkan mereka dari terpalit dengan najis-najis yang berlambakan di sekeliling mereka. Mereka selalu menganggap diri mereka ‘suci’ padahal mereka tidak sedar yang mereka tidak dapat tidak tetap terperangkap dalam lubang najis sejak sekian lama. Sudahlah mereka ini tidak mahu berusaha mencari jalan keluar, di kutuknya pula Golongan Kedua dan Ketiga kononnya tetap kotor kerana menggunakan ‘najis’ untuk naik ke atas. Mereka dari golongan ini hanya tahu beramal siang dan malam untuk diri mereka sahaja.

Alkisahnya Golongan Kelima dikalangan umat bangsa ini dikatakan begitu lantang melaungkan semangat untuk keluar dari lubang najis ini. Saban hari, saban tahun semangat mereka amat berkobar-kobar untuk keluar dari lembah yang hina ini. Matlamat mereka sama dengan Golongan Kedua dan Ketiga. Tetapi dalam keadaan semasa, Golongan ini hanya suka bercakap tanpa apa-apa tindakan. Sudahlah tidak ada apa-apa tindakan, mereka suka untuk melemahkan semangat Golongan Kedua dan Ketiga yang cuba untuk keluar dari lubang najis dengan cara mereka tersendiri. Golongan ini kononya tidak mahu menggunakan ‘najis’ untuk naik ke atas tetapi sentiasa berangan-angan untuk ‘terbang’ ke atas.

Kelompok ini terlalu suka bercakap dan berangan sehingga membiarkan Golongan Pertama menghancurkan usaha Golongan Kedua dan Ketiga sejak sekian lama. Mereka membiarkan Golongan Pertama bermaharalela di dalam lubang najis ini tanpa mempedulikan kemaslahatan rakan-rakan sebangsa dan seagama mereka yang lain. Golongan Kelima menganggap gagasan (yang sebenarnya hanya retorik) yang digunakan mereka adalah bersifat mutlak sehinggakan jalan untuk ke atas seperti yang digunakan oleh Golongan Kedua dan Ketiga tidak boleh digunapakai langsung walaupun matlamatnya sama dengan mereka.

Arakian, amatlah ternampak kepayahan nya umat bangsa ini bersatu untuk sama-sama keluar dari lubang najis yang jijik ini di sebabkan umat bangsa ini terpecah kepada beberapa gerombolan…. Semoga Allah raja sekalian alam memberikan rahmat kepada bangsa ini khususnya dan seluruh umat Muhammad keseluruhannya……

TAMMAT

Anda di golongan yang mana? Renung-renungkan dan fikir-fikirkan wahai sahabat-sahabat sekalian. Akhir kata marilah sama-sama kita bahu membahu menangkis fitnah di akhir zaman ini.Wallahualam.

Bersambung.....

Setapak, Kuala Lumpur

16 Rejab 1433Marhaen Kacakhttp://www.blogger.com/profile/16417250512944812420noreply@blogger.com13tag:blogger.com,1999:blog-2823632381505399935.post-82132102835717706882012-06-06T15:59:00.001+08:002012-06-06T16:42:30.259+08:00Period Dorman Akhirnya Tamat : Teruna Itu Loser?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca blog sekalian. Bila tiba hari-hari hujung minggu, semangat saya untuk berblog secara tiba-tiba menjadi kurang. Tidak pasti kenapa perasaan ini terjadi. Jika hari-hari bekerja mencanak-canak pula perasaan ingin berkarya sampai tugasan-tugasan hakiki terbengkalai. 8 bulan telah berlalu melalui kehidupan tanpa berkarya, akhirnya hari ini berjaya juga saya menerbitkan satu entri terbaru.

Dalam entri kali ini, saya bercadang untuk tidak mengemukakan topik-topik yang berat kepada pembaca semua. Dalam entri kali ini, saya hanya ingin berinteraksi dan mengajak pembaca sekalian berkongsi rasa dengan saya. Untuk pengetahuan anda, saya amat sensitif dengan isu yang melibatkan saudara sebangsa dan seagama kita. Jikalau anda belek-belek kembali artikel saya sebelum ini, terdapat banyak sekali entri-entri yang mempersembahkan topik-topik tentang Melayu, Islam. sejarah dan sebagainya. Walaupun saya terdidik dalam suasana yang moden dan serba kesenangan, jiwa 'totok' Melayu Islam saya tetap tebal dalam diri.

Melayu? Sebut fasal Melayu, kemungkinan ramai antara kita yang berkata :

'Buat apa nak bangga dengan bangsa dan suku kaum ni? Yang penting kita mesti utamakan islam... pergi mampus la sama melayu!'

Sahabat-sahabat ku sekalian. Memang benar, Islam terletak di atas sekali di dalam hierarki kehidupan kita. Iman dan taqwa lah yang akan membezakan darjat kita di akhirat nanti. Di sisi Allah, tiada faktor lain yang akan dipandang oleh tuhan sekalian alam selain iman, amal dan ihsan. Tidak kira Melayu, Cina, Benggali, Kadazan ataupun bangsa Senegal sekalipun tetap mendapat tempat yang mulia di sisi Allah jika beriman dan bertaqwa kepada Allah.

Firman Allah:

Wahai manusia! Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan. Dan kami telah menjadikan kamu dalam pelbagai bangsa dan suku puak, supaya kamu boleh berkenal-kenalan antara satu sama lain. Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah maha mengetahui dan maha mendalam mengetahuannya (Surah Al-Hujurat Ayat 13)

Mengikut ayat diatas, sememangnya taqwa adalah penentu darjat kita disisi Allah kelak dan bukanlah keturunan dan bangsa. Walaupun begitu, identiti bangsa juga perlu la kita junjung dan perlu la juga kita berbangga sementara kita didunia ni dengan syarat kita tidak lah bersikap 'asobiyah' sampai menghina taraf dan hak bangsa-bangsa lain.

Identiti bangsa ini lah yang saya amat tekankan dalam beberapa artikel aku yang lepas. Bagi saya tak salah bagi kita mengenal bangsa dengan lebih rapat kerana mengenal bangsa ini bukanlah bermakna kita taksub dengan perkauman. Mengenal bangsa kita adalah lebih kepada mendekatkan diri kita kepada asal-usul kita yang selama ini samar-samar (hasil dari pengelapan sejarah). Bagi saya tak salah untuk kita ambil tahu tentang sejarah bangsa ini kerana sejarah bangsa kita ini juga amat rapat dengan perkembangan islam itu sendiri.

Rakan-rakan sekalian, dalam menceritakan tentang identiti bangsa ini suka sekali saya hendak berkongsi dengan anda tentang tinjauan terhadap identiti bangsa kita pada generasi-generasi baru kita. Di sini saya akan ceritakan 2 kisah yang saya alami sendiri tidak berapa lama dahulu.

(Bahasa kisah di bawah sedikit rojak untuk memudahkan penceritaan)

Kisah Pertama

Nak dijadikan cerita aku ada la janji nak jumpa dengan kawan aku dekat2 area Bukit Damansara. Area2 ni memang agak asing jugak la bagi aku walaupun aku pernah jugak singgah sini masa zaman reformasi dulu....huhuuh...(rumah anwar berahim kat sini ler).... Kawan aku ni pun halo la aku suruh tunggu dia dekat Restoren Mamak dalam area Damansara Heights ni....

Aku masa tu sampai dulu kat situ n aku pun order la air dulu kat mapley yg ada kat situ.... sambil2 aku termenung2 dan mengutuk kawan aku yang mmg terkenal dengan kelambatannya sejak azali lagi, aku terperasan satu kumpulan budak2 belasan tahun yang tengah bersembang di dalam kedai mamak ni....

Aku pun dapat la menangkap perbualan budak2 ni......

"Hey dude.....common la... which one u like most.......???"

"I like almost everything except you...!!!!....hahahahaha...."

Dialog diatas disambung dengan gelak ketawa yang berdekah2 memecah keheningan pagi yg indah ni...... Lepas tu diorang pun bersambung lagi berborak2 dalam slanga Mat Saleh yang pekat.....

Bila aku tenung budak2 ni ternyata grup budak2 berjumlah 10 orang ni semua berwajahkan melayu.... tak nampak pun sikit macam wajah negro ke, scotland ke apatah lagi rakyat USA!.... Memang hebat diorang ni bersembang omputih....hahaha... Aku nak sembang omputih dengan warga asing pun kadang2 tersasul perkataan melayu.....hahahah.....

TAMAT KISAH PERTAMA

Kisah Kedua

Satu hari ni aku adala buat Program Pemeriksaan Mata kat satu sekolah area Setapak/Wangsa Maju...... memang ari tu jenuh aku cek mata budak2 sekolah menengah ni.... Maklumla.... kadang2 bukan budak2 yang bermasalah mata je yang nak cek, budak2 yang menggatal saja2 nak cek pun ramai.....hahaha....

Walaupun aku rase nak marah je budak2 yang mengada2 ni, aku tetap bersabar n cek la jugak mata budak2 ni.... takpela.... aku pun faham tingkah laku budak2 baru nak up ni... mesti la sume bende nak cuba.... nak2 kalau kawan2 ada kat situ mestila orang lain pun nak sibuk sama....hehehe.... Tenguk budak2 ni teringat lak aku kat zaman kenakalan aku kat sekolah dulu...hahaha

Bila dah habis aku cek mata budak yang terakhir, aku pun saja2 je la bertanya ngan seorang budak laki ni yang still ada kat bilik kesihatan sekolah ni....

"Dik, amacam belaja? ok tak cikgu kat sekolah ni?"

Kata budak lelaki tu, "ok la bang....kalau tak best pun layankan jer...hehehe.."

"hahaha...ko ade awek tak sekarang ni?..." Aku pun tanya soklan untuk suka2.......

"mestila ada bang.....orang hensem cam saya mesti la ada awek...." sengih budak lelaki yang bernama Usop ni....

"oooo....abang pun takde awek lagi.....budak2 skang ni memang pandai cari awek....ajarla abang sket ilmu ngorat2 ni...." kate aku sambil saja nak 'up' kan moral budak ni....hehehe....

"hahaha....boleh bang..... belanja la saya makan kat kantin....hihihihi"

Aku pun terpikir idea yang best lagi untuk bertanya......

"ko tunjuk la gambar awek ko kat aku....Baru aku belanja ko kat kantin...amacam?..."

Budak tu pun menunjukkan gambar awek nya kepada aku dengan muka bangga n riaknya.... Alangkah terkejutnya aku gambar yang si Usop ni tunjukkan ialah gambar SEPARA BOGEL diorang berdua dalam satu bilik.........

"kurang asam ko yek.... ni ko kat mane ni ngan awek ko ni....??"

"ala bang....ni kat rumah saya ni.... masa ni mak bapak saya takde.... saya pun apa lagi..... bawak la awek saya ke rumah....hihi... dapat la saya rasa puas2 malam tu...."

"Saya geram bang.... orang kata saya ni 'LOSER' pasal tak dapat 'MAIN' dengan pompuan lagi.... diorang kata saya ni 'TERUNA TERLAJAK' ..... So, saya pun geram la.... tu la yang saya ajak awek saya ni datang rumah.... Dia pun pun on jer....hahaha...."

Aku pun terdiam mendengar penjelasan budak ni...... Lepas tu aku pun ajak dia ke kantin sambil belanja si Usop ni makan nasi berlauk ayam dan horlick ais segelas....

TAMAT KISAH KEDUA

Kesimpulan

Diriku terkena kejutan budaya.

Anda Bagaimana Pula?

Setapak, Kuala Lumpur

13 Rejab 1433
Marhaen Kacakhttp://www.blogger.com/profile/16417250512944812420noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-2823632381505399935.post-34212312412002736312011-10-08T09:54:00.000+08:002011-10-08T15:41:47.306+08:00Kelangsungan Sistem Beraja Di Zaman Milenia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pengunjung-pengunjung blog yang sangat dihormati sekalian. Sekembalinya saya dalam arena blogging ini, saya terus berazam untuk mengemaskini blog yang semakin lama semakin bersawang ini. Dalam entri saya yang terbaru ini saya hendak mengajak rakan-rakan dan taulan untuk memikirkan sejenak beberapa cebisan dan rentetan peristiwa yang saya rasa agak menarik untuk dicernakan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Kita sebagai Umat Melayu / Rumpun Melayu di Tanah Semenanjung Jawi ini amat bertuah kerana masih lagi mempunyai 'lambang' kekuasaan Melayu Islam yang termaktub dalam undang-undang dunia nan fana' bumi Malaysia ini iaitu dalam bentuk Sultan dan Raja-Raja Melayu. Selain dari Kesultanan Brunei, Kesultanan Melayu kita sememangnya masih terjaga dan terpelihara walaupun tidak mempunyai kuasa mutlak seperti zaman sebelum kedatangan penjajah.

Kalau kita lihat di sudut-sudut lain di nusantara ini, tiada lagi 'raja dan sultan' yang masih berdiri gah di atas penubuhan suatu negara moden. Di Indonesia, pewaris-pewaris takhta Hamengkobuwono, Kesultanan Sambas, Kesultanan Deli, Kesultanan Ternate dan beratus-ratus Kerajaan yang lain telah hidup sebagai rakyat biasa dan tidak mempunyai apa-apa kuasa walaupun sekelumit dalam perlembagaan negara Indonesia moden. Begitu juga Kesultanan Sulu di Filipina serta Kesultanan Pattani di Thailand yang telah lenyap sama sekali.

Di Tanah Sri Indah Sekebun Bunga, Malaysia, Al Kisahnya Ke bawah Duli Yang Mulia...........

Sultan Muhammad V di sambutan Maal Hijrah Negeri Kelantan

Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra yang baru sahaja ditabalkan dalam suasana yang kontroversi ini sebagai Sultan Muhammad Ke V adalah ikon dan lambang kekuasaan umat Melayu yang amat di sayangi oleh penduduk di negeri serambi Mekah ini.

Saya amat tertarik dengan imej dan penampilan yang ditunjukkan oleh baginda Sultan semasa menghadiri Majlis Sambutan Maal Hijrah bersama-sama Rakyat Kelantan baru-baru ini. Baginda kelihatan segak mengenakan jubah ala-ala Arab dan 'lebai' putih dan kelihatan amatlah 'sempoi' sekali dihadapan beribu-ribu rakyat jelata.

Rasanya seumur hidup, ini lah pertama kali saya melihat seorang Sultan yang begitu segak mengenakan persalinan yang bermotifkan seperti di atas. Bila ditenung gambar di atas, timbul juga perasaan terharu dan berbangga dengan penampilan seorang Sultan yang kelihatan begitu berkarisma dan mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin yang mempunyai kecintaan kepada Islam itu sendiri.

Walaupun kita tidak boleh membuat kesimpulan tentang peribadi seseorang melalui penampilan luaran, saya tetap merasa iri hati juga dengan rakyat jelata Kelantan kerana mereka mempunyai Sultan yang mempunyai imej yang begitu memikat. Walaupun begitu, rata-rata rakyat Kelantan kenal dengan peribadi Baginda Sultan mereka kan? Kalau tuan-tuan dan puan-puan ingin mengetahui tentang ketokohan dan bakat kepimpinan Baginda, tanyalah sendiri dengan Rakyat Kelantan. Pasti mereka akan memberi respons positif!

Di Wilayah Kalimantan Selatan, Republik Indonesia, Al Kisah Ke Bawah Duli Yang Mulia........

Raja Baru Kesultanan Banjar

Sultan Baru Kesultanan Banjar, Pangeran Khairul Saleh telah pun ditabalkan sebagai pewaris baru Kabupaten Banjarmasin baru-baru ini. Menurut maklumat dari saudara Ibnu Rusydi, penabalan ini diraikan secara besar-besaran di Wilayan Kalimantan Selatan ini. Majlis ini juga dimeriahkan dengan kehadiran menteri-menteri kabinet Indonesia.

Menurut catatan sejarah, Kesultanan Banjar ini telah lenyap selama 150 akibat di jarah oleh penjajah Belanda. Apa yang menariknya di sini, rakyat-rakyat tempatan tetap menganggap Waris Kesultanan mereka ini sebagai lambang kemegahan yang perlu di kekalkan. Walaupun taraf dan kedudukan waris Kesultanan Banjar ini tidaklah sama dengan hak dan kekuasaan Sultan Muhammad ke V di Kelantan, penduduk tempatan di Banjarmasin masih berusaha sedaya upaya dan sanggup bersusah payah untuk menabalkan 'sultan' mereka di zaman serba moden ini.

Ini berbeza dengan sesetengah generasi Melayu baru di Malaysia ini yang begitu 'menkondem' sistem beraja kita. Bagi mereka yang tidak mengerti rasional sistem beraja dan tidak mahu faham sejarah, Sistem beraja ini sangatlah menjelekkan dan bagi mereka Sultan dan Raja ini tidak mendatangkan apa-apa kebaikan dalam memacu negara ke arah kemajuan. Golongan seperti ini merasa institusi beraja perlu dihapuskan ataupun sekurang-kurangnya dilucutkan taraf keistimewaan di dalam perlembagaan.

Satu persoalan, suka kah tuan-tuan dan puan-puan nanti apabila Raja-Raja Melayu hanya menjadi 'lambang' kebudayaan sahaja seperti waris-waris kesultanan di Indonesia dan institusi istana hanya digunakan untuk menarik kedatangan pelancong asing?

Di Tanah Semenanjung Melayu suatu ketika dahulu, Al Kisah Ke Bawah Duli Yang Mulia......

Genting Highland yang dibangunkan di atas tanah gunung yang berharga RM 600,000 pada tahun 1960 an

Raja-Raja Melayu bersembilan telah menandatangani watikah kemerdekaan Tanah Melayu dari British pada 31 Ogos 1957 dan rentetan dari itu, Baginda-Baginda Raja-Raja Melayu telah menurunkan 7 wasiat untuk umat Melayu di tanah bertuah ini...... Baginda-Baginda Sultan bertitah ketika itu :

PERTAMA : Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA).

KEDUA : Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

KETIGA : Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

KEEMPAT : Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

KELIMA : Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

KEENAM : Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU; dan

KETUJUH : Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak)

Kalau kita kaji wasiat kedua di atas, sebanyak 50% tanah di bumi Melayu ini di isytiharkan sebagai Tanah Rizab Melayu yang tidak boleh dipindah milik. Sebanyak 50% lagi pula kita boleh miliki dan berkongsi dengan kaum-kaum yang lain seperti bangsa Cina dan India. Menariknya di sini, tanah yang dimaksudkan ini tidak termasuk gunung, tasik dan hutan simpan.

Bagaimana pula dengan konglomerat terkenal, mendiang Lim Goh Tong yang membeli 12,000 ekar tanah hutan di kawasan Gunung Ulu Kali, Hulu Selangor yang kemudiannya di 'convert' menjadi sebuah pusat pelancongan dan pusat perjudian terkenal?. Apakah status tanah asal pusat peranginan yang berketinggian 1800 m ini? Adakah tanah gunung di Batang Kali ini termasuk dalam tanah untuk direbut bersama-sama kaum lain seperti wasiat di atas? Siapakah pula yang bertanggung jawab dalam isu tanah ni.?

Sambil kita fikir-fikirkan persoalan di atas, kalau kita lihat lagi wasiat raja-raja Melayu ini, sememangnya kita sebagai umat Melayu telah dijamin sebagai 'tuan' di negara ini. Tiada kompromi dan tak perlulah kita laungkan sangat isu siapa tuan siapa hamba. Kunci kepada kepada konsep 'kedaulatan' Melayu ini terletak pada wasiat ke 3 dan 4 yang memastikan kelangsungan dan dominasi Bangsa asal negara ini. Bagi umat Melayu yang terlalu takut kononnya umat Melayu bakal merempat di bumi sendiri : JANGAN RISAU kawan-kawan ku!.Sultan dan institusi diraja kita bakal menjadi NAGA yang akan medamaikan Sang Harimau dan Sang Singa yang bercakaran.

Tapi adakah semua ini terjamin? Manalah tahu semua yang termaktub dalam wasiat ini dilacurkan sendiri oleh 'tangan-tangan ghaib' seperti mana dalam kes Genting Highland di atas?. Wallahualam

Ampun Tuanku....!

Setapak, Kuala Lumpur

11 Zulkaedah 1432 HijrahMarhaen Kacakhttp://www.blogger.com/profile/16417250512944812420noreply@blogger.com11tag:blogger.com,1999:blog-2823632381505399935.post-39997997102502174152011-10-08T00:00:00.000+08:002011-10-08T00:00:15.665+08:00Tudung, Dakwah Dan BloggingAssalamualaikum kepada pembaca-pembaca sekalian. Sebagai seorang yang banyak terlibat dengan bidang sales dan marketing, memang banyak masa saya luangkan untuk pergi ke sana kemari untuk mencari peluang-peluang perniagaan. Oleh itu, terdapat pelbagai ragam dan perangai manusia yang perlu dihadapi. Biasalah, dalam bidang pekerjaan ini, sememangnya lah memerlukan saya bersua muka secara terus dengan orang ramai tidak kira lah dari golongan berpendapatan tinggi mahupun bertaraf hidup rendah.

Kadangkala saya selalu tercuit hati melihat telatah dan perangai manusia. Bermacam-macam kerenah terpaksa saya terokai. Semua pengalaman ini diasimilasikan supaya saya dapat menjadi lebih matang dalam kehidupan seharian. Pertembungan dengan bermacam jenis manusia membuatkan saya belajar bagaimana hendak memperbaiki diri sendiri. Ada yang suka dipuji, ada yang gemar meninggi diri, ada yang sentiasa membuat ‘muka ketat’, ada yang kuat bersembang dan macam-macam lagi perangai tipikal Bani Adam yang biasa kita semua jumpa.

Saudara dan saudari sekalian, tidak lama dahulu, saya pernah membuka ‘booth’ atau gerai jualan untuk promosi di sebuah pejabat kerajaan di Lembah Kelang. Ditakdirkan ketika itu, terdapat seorang ‘makcik’ yang berumur dalam lingkungan 50 an juga membuka gerai untuk menjual tudung dan aksesori wanita. Beliau berada di situ bersama anak perempuan nya yang berumur dalam belasan tahun dan mungkin masih bersekolah lagi.

Dalam kesibukan melayan pelanggan masing-masing, saya dan makcik tersebut sempat berbual-bual seketika bagi menghilangkan rasa bosan…..

Saya : Makcik dah lama ke berniaga ni?

Makcik : Lama dah…anak makcik ni tak lahir lagi makcik dah niaga dah (sambil merujuk kepada anak perempuan yang ada bersama nya)

Saya : Ooooo… memang otai la makcik ni yer… saya ni baru nak berjinak-jinak dalam berniaga…. Anak makcik yang ni sorang je ke?

Makcik : Huish…ni yang bongsu…akak-akak nya dah besar-besar dah…. Dah kawin pun ada…. Semua perempuan….

Saya : Oooo….jadi takde anak lelaki la ye makcik ni… ambil saya jadi anak angkat la makcik…hehehe…. Susah tak jaga anak perempuan ni makcik? (dengan nada mengusik)

Makcik : Makcik senang je…. korang buat la apa-apa pun, asal kan nanti dah besar reti cari makan sendiri ikut jalan halal. Itu je yang makcik lantak dekat anak makcik ni dan akak-akak nya…

Saya : Ye ke makcik? sporting la kirenye makcik ni yer…. hmmm… sekarang ni macam-macam gejala sosial jadi kat anak-anak muda kita sekarang…Makcik tak risau ker?

Makcik : Buat apa nak risau…. Makcik yakin dengan anak-anak makcik ni…. kalau diorang sayang keluarga, diorang takkan buat benda-benda tak elok… Kalau kau nak tau, anak-anak makcik ni setakat ni tak pernah rasanya buat perkara memalukan keluarga….

Saya : Ooooo…yeke….

Makcik : Kalau kau tengok anak-anak makcik ni, semua ranggi-ranggi jer…. pakai biasa-biasa jer… tak la bertudung tutup sana sini… Tapi semuanya dengar cakap setakat ni…. takde memalukan makcik dan pakcik kau….

Saya : Bagus la macam tu makcik…..

Makcik : Makcik tak suka paksa-paksa nak pakai tudung ke, nak pakai jubah ker… biar budak-budak ni pandai-pandai sendiri… bila dah dapat hidayah, pakaila diorang ni nanti…. Makcik taknak lah jadi macam sesetengah orang tu, anak nya depan mak bapaknya baik, pijak semut tak mati….. tapi belakang mak bapak, tudung entah ke mana, buat maksiat dengan jantan….

Saya : Banyak remaja begitu sekarang makcik….

Makcik : Biarla anak makcik ni orang nampak biasa jer… tak berlitup sana berlitup sini…. tapi takda buat masalah dekat keluarga…. Daripada anak dara yang berpakaian macam ustazah tapi beromen jugak!

Saya : Naudzubillah makcik….harap-harap takde lah terjadi dengan anak saya nanti……

Makcik : Orang sekarang ni suka tenguk luaran jer… dekat rumah makcik tu ada la dua tiga orang yang membandingkan anak makcik ni dengan anaknya… Maklum la anaknya itu bertudung litup..budak universiti la katakan…. Si Polan bagi nasihat la konon kat makcik suruh anak-anak pompuan makcik ni pakai tudung…. Kau tau makcik jawab dengan dia apa?

Saya : Apa dia makcik?

Makcik : Nama yang tegur makcik tu Timah…. makcik cakap “Oiii Timah, diri kau dan keluarga kau tu pun tak cukup sempurna lagi….Jangan nak ajar aku cara nak sekolahkan anak aku yeee”

Saya : (sambil tersenyum) Ye ke makcik?

Makcik : Hmmm…Ustaz masjid kat rumah makcik tu pun tak pernah suruh anak makcik pakai tudung ke hape… Yang si Timah ni lebih-lebih pulak. Ada hati nak nasihat orang…. Diri sendiri belum tentu berapa banyak dosa pahala lagi….. Tak payah nak sibuk berDAKWAH dengan aku ni…. Tau la aku uruskan keluarga aku…

Saya : Wahh..bersemangat makcik ye….(saja mengambil hati)

Saya pun terus bersembang dan bersembang lagi dengan makcik tersebut. Seronok bersembang dan mendengar celoteh orang-orang yang berpengalaman ini. Banyak juga saya bertanya kan pada makcik tersebut tentang perniagaan dan pahit jerih mencari sesuap nasi untuk membesarkan anak-anak….

Tuan-tuan dan Puan-Puan. Sebenarnya tujuan saya memaparkan dialog diatas adalah kerana saya tersentuh dengan bait-bait ayat makcik itu mengenai DAKWAH. Sememangnya pemahaman makcik di atas tentang DAKWAH adalah persepsi tipikal di kalangan masyarakat. Usaha nasihat menasihati dan berpesan-pesan kepada kebaikan sesama insan selalu dipandang serong oleh kebanyakan warga umat Islam di Malaysia. Terma dakwah di sini hanya eksklusif untuk golongan ustaz dan guru-guru Agama sahaja. Adakah kerja dakwah itu hanya dibebankan kepada segelintir golongan sahaja? Adakah kita sebagai umat yang sentiasa berbuat dosa dan kesalahan ini tidak layak untuk melakukan kegiatan amar ma’ruf nahi mungkar?

Firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat 110 :

"Kalian adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi manusia, kalian menyuruh (berbuat) kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran dan kalian beriman kepada Allah."

Dalam konteks ayat di atas, ‘kalian’ yang dimaksudkan adalah umat akhir zaman merangkap umat Nabi Muhammad S.A.W. Umat Muhammad diangkat sebagai sebaik-baik umat kerana kita diperintahkan untuk menggerakkan kegiatan amar ma’ruf dan nahi mugkar. Kita sebagai umat islam perlu menerapkan ajaran ini dalam hati kita. Walaupun kita tidak sempurna dan dianggap sentiasa melakukan dosa, kita tetap perlu berusaha untuk berdakwah.

Kita sedia maklum, manusia tidak terlepas dari melakukan kesalahan terutama cenderung untuk melakukan maksiat sama ada sedar atau tidak. Bayangkan jika dakwah itu hanya eksklusif untuk orang yang tiada cacat celanya dari segi perilaku dan amalan, itu bermakna TIADA LANGSUNG umat Muhammad layak melakukan aktiviti dakwah! Secara logikal nya, hanya Rasullullah sahaja nampaknya yang layak menyebarkan kata-kata Allah kepada umat manusia!

Firman Allah dalam Surah At Taubah ayat 71 :

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang maruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat, dan mereka ta’at kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka akan diberi rahmat oleh Allah, sesungguhnya Allah Maha perkasa lagi Maha Bijaksana"

Ayat di atas menerangkan tentang kewajipan dan perintah mengerjakan amalam mencegah kemungkaran dan mengajak kepada kebaikan kepada semua lapisan. Kita, setiap lapisan masyarakat menjadi penolong antara satu sama lain dalam menegakkan pemahaman islam dalam komuniti. Tiada yang terkecuali dari tanggungjawab ini. Kita tidak boleh membutakan sahaja mata kita terhadap kemaksiatan yang berlaku di sekeliling kita dan tidak boleh pula hanya melakukan kebaikan tanpa menguar-uarkan atau mengajak saudara seislam kita yang lain untuk sama-sama ke jalan yang diredhai.

Dalam erti kata lain, Islam tidak membenarkan kita bersikap ‘IGNORANT’ dan BERLEPAS TANGAN dengan keadaan sekeliling dan kita dilarang untuk bersikap PENTINGKAN DIRI SENDIRI dalam mebuat amalan baik!

Semua lapisan masyarakat tidak kira golongan berada, golongan berpendapatan rendah, profesional, buruh kasar, suri rumah tangga, pelajar sekolah, warga emas dan lain-lain perlu sama-sama menggembeling tenaga untuk membudayakan Islam dalam kehidupan masyarakat secara total. Alhamdulillah, dalam tempoh dua dekad kebelakangan ini, penerapan Islam dalam kehidupan seharian semakin bertambah pesat. Walaupun begitu, masih ada lagi yang hanyut dalam arus kemajuan dan dilalaikan oleh candu hedonisme.

Oleh itu, kita sebagai umat Islam perlu sedikit sebanyak terlibat dalam usaha dakwah sesuai dengan kapasiti dan kemampuan kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini. Gunakan apa-apa kelebihan yang ada dan berdakwah lah mengikut kemampuan dan lakukannya dengan penuh hikmah serta kebijaksaan. Jangan lah bersikap acuh tak acuh dan berdiam diri dengan kemungkaran yang berlaku. Frasa ‘kubur masing-masing. so sendiri mau ingatla’ adalah amat bersalahan sekali dengan konsep yang diajarkan oleh Junjungan Mulia kita.

Sikap ‘IGNORANT’ inilah yang akan menyebabkan kita ditarik bersama oleh ahli neraka kedalam api yang membakar walaupun kita telah menjejakkan sebelah kaki di pintu syurga!

p/s : Kepada rakan-rakan blogger sekalian. Gunakanlah kapasiti anda sebagai seorang blogger untuk menyampaikan peringatan yang baik kepada kepada masyarakat. Gunakanlah platform yang ada untuk berdakwah! Jangan malu dan segan untuk menyampaikan kebenaran dengan alasan diri sendiri tidak sempurna. Gunakanlah kebolehan yang anda ada untuk sama-sama berpesan-pesan kepada kebaikan dan menegur-negur pada kemungkaran.

Setapak, Kuala Lumpur

11 Zulkaedah 1432 HijrahMarhaen Kacakhttp://www.blogger.com/profile/16417250512944812420noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-2823632381505399935.post-26101767242555461612011-10-07T23:18:00.001+08:002011-10-07T23:21:30.688+08:00Dakyah Golongan 'Free Thinker' : Kita Tidak Akan Maju Jika Dikongkong Islam?Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca blog Hikayat Marhaen Kacak sekalian. Sebagaimana nampak beratnya tajuk entri saya hari ini, terasa berat juga tangan saya hendak aktif menulis kembali. Banyak urusan dan kerja perlu di selesaikan sebelum saya dapat duduk dengan tenang untuk mengemaskini blog yang agak bersawang ini. Alhamdulillah di pagi yang berkat ini dapatlah saya menukilkan satu artikel untuk pembaca-pembaca yang sempat mengunjungi prasasti maya saya ini.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Dalam entri terbaru kali ini, sukacitanya saya ingin mengulas serba sedikit perihal yang bersangkut paut dengan ‘Sistem’. Sistem adalah metodologi atau garis panduan bagi setiap individu, organisasi ataupun kumpulan yang lebih besar dalam menguruskan kehidupan seharian mahupun untuk memandu kita dalam mendapatkan kehidupan yang selesa dan ideal. Apabila kita bercakap mengenai sistem, kita lebih cenderung membincangkan tentang sistem atau aturan yang telah ditetapkan oleh orang atasan dan pemimpin, sebagai contoh, kerajaan kepada rakyatnya, ibu-bapa kepada anak-anaknya, mahupun majikan kepada pekerjanya.

Dalam kehidupan seharian, kita selalu berjumpa dengan pelbagai individu yang mempunyai reaksi yang berbeza mengenai sistem yang ‘diprogramkan’ untuk mereka. Ada yang begitu yakin dengan sistem yang digunapakai ke atas mereka sehinggakan menolak metodologi atau falsafah sistem yang lain. Terdapat juga segelintir yang asyik menyalahkan sistem yang digunapakai sehinggakan jiwanya asyik memberontak ingin keluar dari sistem yang ada. Tidak kurang juga ada individu yang asyik menangisi nasib mereka di mana sejak lahir lagi ditakdirkan menjadi seseorang yang lemah, lembik serta menjadi hamba kepada sistem yang sedia ada.

Sindrom ‘Blame It All’

Apabila kita perhatikan kehidupan realiti ataupun di dalam ruang lingkup dunia maya internet ini, ramai di antara kita yang meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan segala sistem yang diwujudkan untuk mengatur kehidupan mereka seharian. Bagi golongan tersebut, sistem yang telah diaplikasikan sejak sekian lama ini begitu mengongkong gerak geri mereka serta menjadi punca dalam kesusahan hidup yang mereka alami sejak sekian lama. Mungkin gerombolan-gerombolan ini tidak puas hati kerana :

1. Lambat berkahwin kerana tidak cukup duit simpanan akibat gaji yang terlalu kecil ataupun perbelanjaan seharian yang terlalu besar.

2. Tidak mampu ‘bershoping’ sesuka hati untuk membeli aksesori-aksesori yang pelbagai ataupun berbelanja membeli 7 pasang kasut untuk di pakai berlainan pasang setiap hari.

3. Tinggal di rumah PPRT dan merasa tertekan akibat diganggu oleh jiran sebelah yang asyik berkaraoke sehingga larut malam.

4. Mendapati diri tidak kaya-kaya walaupun harga getah dan kelapa sawit semakin meningkat naik.

5. Asyik di tipu oleh skim cepat kaya ataupun MLM akibat sindrom ingin cepat kaya dan mampun memiliki 5 series seperti rakan-rakan yang ‘berjaya’.

6. Kerap kali gagal dalam berniaga akibat sindrom ‘Persepsi Orang Melayu Tak Support Orang Melayu Meniaga’

Di medium internet, blog, forum dan sebagainya, kita dapat melihat dan membaca luahan perasaan golongan yang begitu lantang menyalahkan ‘sistem’ yang digunapakai sekarang. Bagi mereka semua sistem yang berada disekeliling mereka dangkal sama sekali. Mereka :

1. Menyalahkan majikan kerana tidak mampun mengasingkan wang simpanan untuk berkahwin akibat gaji yang terlalu rendah.

2. Menyalahkan ibu-bapa kerana tidak mampu memberi pinjam duit untuk melangsungkan perkahwinan.

3. Menyalahkan Jabatan Agama Islam Negeri yang asyik membuat operasi tangkap khalwat di hotel-hotel sehinggakan tidak ada ‘port’ yang ‘clear’

4. Menyalahkan bakal ibu bapa mertua yang meletakkan wang hantaran yang terlalu tinggi untuk bakal isteri sehinggakan perlu menyimpan duit bertahun-tahun untuk berkahwin.

5. Menyalahkan kerajaan kerana tidak memberi ‘wang ihsan’ untuk melangsungkan perkahwinan padahal kerajaan mampu menghabiskan wang berjuta-juta dalam PRK Kerdau dan Merlimau.

6. Menyalahkan saudara mara serta rakan taulan kerana enggan menghulurkan bantuan kewangan untuk berkahwin walhal mereka mampu melancong ke Pulau Batam.

Sana salah, sini salah. Bagi golongan ini, semua perkara di dunia ini menyusahkan mereka. Bersama-sama dengan perasaan ‘Inferiority Complex’, Sindrom ‘Blame It All’ ini adalah amat merbahaya sekali jika dibiarkan menular di kalangan komuniti kita terutama masyarakat Melayu dan Islam. Di sini saya faham, terdapat kepincangan yang sangat besar dalam sistem yang digunapakai pada hari ini. Sebelum saya ulas dengan lebih lanjut tentang signifikan entri ini, mari kita terjah pula satu lagi simptom/sindrom yang melanda masyarakat kita iaitu ‘Inferiority Complex’

‘Inferiority Complex’

Dalam masyarakat kita terutama komuniti Melayu Islam, perasaan rendah diri yang teramat sangat (inferiority complex) amatlah sebati dengan jiwa raga. Semenjak kecil lagi kita telah di momokkan dengan keadaan bangsa kita yang amat tidak kompetitif berbannding bangsa lain di Malaysia ini seperti kaum Cina dan India. Pujangga Melayu silam tersohor pernah menyatakan dalam karyanya bahawa orang Melayu tidak mampu membuat sebatang jarum pun. Tidak cukup dengan itu, bangsa Melayu ini di tempelak kerana begitu lemah dan asyik mengharapkan bantuan daripada kerajaan sahaja.

Ramai antara kita yang agak bingung memikirkan bagaimana senarionya bila tiada kaum India dan Cina di Malaysia ini. Bagaimanakah kita ingin membeli peralatan pertukangan? Bagaimanakah kita ingin membaiki kereta yang bermasalah? Bagaimana kita mahu menonton siaran bola di Astro? Bagaimana lah agaknya ekonomi kita jika tiada usaha dari konglomerat berbangsa Cina dan India?

Bolehkah bangsa Melayu ‘survive’ di tanah bertuah ini jika tiada orang Cina dan India? Persoalan yang tipikal ini sering membuatkan generasi baru kita begitu rendah diri dengan kemampuan diri mereka sendiri. Hal ini menjadi lebih parah kerana di dalam sejarah Malaysia, hampir tiada menunjukkan kehebatan dan kemasyhuran Melayu Islam itu sendiri. Kesultanan Melayu Melaka? Nah…..baru digertak sedikit oleh armada Portugis, habis bertempiaran semua hulubalang-hulubalang yang hanya bersenjatakan keris dan tombak!

Golongan yang mengalami sindrom ‘inferiority complex’ ini selalu menangisi nasib mereka. Mereka malu mengaku lahir dalam kelompok ‘Melayu Islam’. Mereka sanggup menerapkan budaya dan cara hidup bangsa lain terutama budaya barat untuk menaikkan prestij diri mereka. Budaya Jahiliyah bangsa barat dianggap agung oleh mereka. Dengan berkiblatkan budaya asing, mereka telah melupakan langsung susur galur dan adat resam budaya mereka turun temurun. Mereka ini menganggap golongan yang berpegang teguh kepada budaya Melayu ini sebagai kolot dan terkebelakang.

Sekali lagi dalam medium blog, forum, komen di internet, golongan ini sering meluahkan rasa ketidak puashatian mereka terhadap semua orang. Sikap ‘inferiority complex’ ini akan berkembang dan menjadi kanser sehinggakan sindrom ‘Blame It All’. Sindrom ini sebenarnya jika dibiarkan amat merbahaya kepada masa depan generasi Melayu Islam kita. Tidak dinafikan pelbagai pihak perlu dipersalahkan dalam kepincangan sistem yang kita amalkan sekarang.Walaupun begitu di dalam entri ini, aku ingin memberi amaran bahawa sikap ‘blame it all’ dan ‘inferiority complex’ ini akan menjahanamkan dan merosakkan minda anak muda kita sendiri lagi-lagi pada zaman capaian media yang tidak terbatas ini (zaman internet).

Berhati-Hati Dengan Golongan Ini!

Seperti mana yang saya nyatakan di atas, kedua-dua sifat dan sindrom ini boleh diibaratkan sebagai kanser kepada masyarakat. Isu yang besar di sini adalah kerana produk yang terhasil dari sifat ‘menyalahkan semua orang’ dan ‘rendah diri yang terlampau’ ini akan membawa satu fahaman baru yang bercanggah dengan norma dan dogma masyarakat Melayu Islam itu sendiri. Apakah produk itu? Begitu bahaya kah golongan ini?

Kepada pembaca-pembaca sekalian, golongan ini memegang teguh prinsip kebebasan, hak asasi, dan konsep ‘Free Thinker’. Ya…tentu anda pernah dengar istilah ‘Free Thinker’ bukan?. Golongan ini lah yang lahir dari perasaan keluh kesah dan marah mereka terhadap ‘sistem’ yang di gunapakai sejak sekian lama. Dalam hal kebebasan dan hak asasi, saya tiada masalah jika mereka menguar-uar kan kebobrokan sistem yang diguna pakai sekarang. Sistem yang saya maksudkan seperti demokrasi, kapitalis, sosialis, liberal dan sebagainya memang tidak mampu untuk menjaga keharmonian hidup manusia sejagat. Jadi di sini, apa masalahnya dengan golongan ‘Free Thinker’ ini?.

Masalah timbul apabila golongan ini mempersoalkan cara hidup Islam yang terbukti syumul. Sememangnya kita sebagai umat Islam beriman dan percaya, jalan penyelesaian kepada segala masalah di atas adalah kembali kepada hidup bersyariat. Hidup bersyariat di sini merangkumi ibadah, perundangan, sosial, ekonomi, politik dan semua aspek-aspek lain. Saya tidak ingin mengulas lanjut tentang sistem Islam yang syumul dalam entri kali ini. Apa yang saya ingin dedahkan ialah sikap golongan ‘Free Thinker’ ini merendah-rendahkan martabat Islam sebagai agama dominan bangsa Melayu itu sendiri!

Golongan ‘Free Thinker’ ini bertindak melulu menyatakan :

‘Umat Melayu Islam tidak akan maju jika terus dalam kepompong islam, Umat Melayu seharusnya perlu membuang perkaitan antara Melayu dan Islam. Melayu tidak akan maju jika terus dibayangi oleh Islam’

Golongan ini juga begitu biadap menyatakan :

‘Islam adalah salah satu penjajahan minda dan fizikal kepada Bangsa Melayu. Orang Melayu di sepatutnya mesti menganut Islam. Sepatutnya kita perlu bebas untuk menganut apa-apa agama pun!’

Apa pendapat pembaca-pembaca sekalian terhadap kenyataan di atas? Untuk pengetahuna tuan-tuan dan puan-puan, golongan ini telah menampakkan kejayaan dalam mempengaruhi minda golongan muda kita. Jika kita menelusuri dari satu blog ke blog, banyak sekali tulisan dan artikel yang bersangkut paut dengan fahaman ‘free thinker’ ini. Kebanyakan dari mereka ini mempunyai pengikut tersendiri kerana segala hujah-hujah dan logik-logik yang diutarakan untuk menegakkan teori mereka kelihatan begitu ‘marhaenism’.

Golongan ‘Free Thinker’ ini mengambil kesempatan terhadap orang yang menghidapi sindrom ‘Blame It All’ dan ‘Inferiority Complex’ ini untuk menjadi rekrut fahaman mereka. Kononnya fahaman mereka seolah-olah selari dengan kehendak dan jiwa memberontak rakyat. Modus operandi golongan ini mudah :

1. Membuat artikel (di dalam blog) yang konon nya simpati dengan nasib rakyat jelata yang sengsara di bawah sistem yang ada

2. Mencampur aduk kan sedikit hal-hal politik kerana resam rakyat Malaysia khususnya suka dengan sepak terajang dan wayang politik.

3. Sedikit-demi sedikit mengumpul peminat dan ‘worshipper’ yang akhirnya akan menjadi pengikut setia artikel-artikel mereka.

4. Fahaman ‘Free Thinker’ sedikit sebanyak di dedahkan bersulamkan fakta-fakta yang agak bernas dan logik

Golongan ini sememangnya amat mudah untuk mempengaruhi jiwa anak muda yang sentiasa tidak berpuas hati dengan semua perkara. Hasil dari idea-idea dan pidato-pidato mereka ini, ada antara anak muda kita semakin menyimpang jauh dari pemahaman Islam itu sendiri. Ada yang malu mengaku Islam dan akhirnya menjadi ‘atheis’ dan tidak beragama. Senario ini cukup menakutkan kerana lama-kelamaan golongan ini akan mempengaruhi anak-anak muda kita yang lain!.

Sekali lagi saya menyeru dan mengingatkan supaya kita berjaga-jaga dengan musuh dalam selimut ini. Mereka ini kebanyakannya dari Bangsa Melayu sendiri. Ya..! Bangsa Melayu yang malu mengaku mereka memiliki genetik ‘Melayu’ dan menggunakan nama ‘Islam’. Selain musuh Islam yang nyata di kalangan golongan yang membenci Islam (Kafir Harbi), kita juga perlu sentiasa beringat tentang golongan yang boleh melemahkan kita dari dalam dengan strategi ‘perang saraf’mereka.

Kepada yang sentiasa mempunyai sindrom-sindrom di atas, kembalilah kepada syariat yang sebenar. Indahnya hidup bersyariat tidak dapat digambarkan jika kita betul-betul kembali ke jalan Islam dalam semua aspek kehidupan. Hal ini sudah tercatat dan terbukti di dalam sirah nabi kita serta riwayat hidup para Khulafa’ Ar-Rasyidin. Sistem Islam itu adalah ‘absolute’ dan dengan mudahnya dapat menggantikan pelbagai sistem korup yang dicipta oleh ‘cendekiawan’ barat

Akhir kata dari saya, yakinlah dengan apa yang diwahyukan oleh Allah S.W.T kepada Nabi Besar S.A.W kita 1400 tahun yang lepas. Dengan metodologi menerapkan cara hidup Islam sahajalah yang dapat membawa kita kepada keredhaan di dunia dan di akhirat. Kepada golongan yang sudah tersasar dari landasan yang benar, tetaplah yakin dan berpegang teguh dengan bawaan Islam itu. Sesungguhnya Islam adalah satu-satunya cara hidup dan jalan yang diredhai Allah.

Setapak, Kuala Lumpur

11 Zulkaedah 1432 HijrahMarhaen Kacakhttp://www.blogger.com/profile/16417250512944812420noreply@blogger.com10tag:blogger.com,1999:blog-2823632381505399935.post-37937372872994791802011-10-07T22:57:00.000+08:002011-10-07T23:01:14.420+08:00Kembara Jawi Mencari Cinta

Assalamualaikum saudara-saudari yang dirahmati Allah. Mutakhir ini, umat Melayu Islam di negara kita ini berdepan dengan seribu satu macam cabaran untuk meneruskan kehidupan di bumi bertuah ini. Bangsa Melayu yang amat sinonim dengan anutan Islamnya pernah melalui suka dan duka serta duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain di dunia ini.

Apabila duduk berseorangan, kerap juga saya memikirkan akan nasib generasi Melayu Islam akan datang dalam menongkah arus pemodenan. Acapkali juga saya memikirkan tentang sikap sesetengah anak bangsa kita yang amat memandang lekeh terhadap keupayaan survival bangsa mereka sendiri di zaman milenea ini. Ada yang malu menonjolkan kemelayuan mereka kerana banyak dimomokkan dengan pelbagai persepsi negatif tentang 'trait' dongeng mengenai Melayu itu sendiri. Benarkah kita perlu bersikap begitu? Adakah kita begitu inferior berbanding dengan bangsa-bangsa lain yang mempunyai sejarah yang begitu gilang gemilang?

Tuan-tuan dan puan-puan, mari sama-sama kita hayati puisi di bawah :

Ku menung seorang diri

Bertemankan secangkir kopi

Kotaraya di dinihari

Bingitnya meneman diri

Depan belakang kanan dan kiri

Anak muda riang ria sekali

Bagaikan tiada gundah menanti

Berembun jantan tiadalah di peduli

Pria dan wanita bertepuk tampar

Tidak ketinggalan pasangan berpacar

Di saat qimulail patut dilaksana

Anak muda bangsaku tetap leka

Anak Melayu zaman ku ini

Hilang pedoman dan jati diri

Belasan tahun hilang arah

Semakin dewasa semakin parah

Ah Seng dan Maniam kata….

Melayu keturunan pemalas…

Munsyi Abdullah kata….

buat sebatang jarum pun Melayu tak lepas…

Mahathir Mohammad kata…

Melayu itu suka subsidi dan meminta-minta

Benarkah kita bangsa yang lemah

Bangsa baru yang perlu di papah

Ketinggalan dalam lipatan sejarah

Walaupun tinggal di bumi bertuah

Kita dimomokkan dengan kemunduran

Setengah milenea dijajah lawan

Selepas merdeka tetap di kelirukan

Tidak kenal musuh ataupun lawan

Guru sejarah ku ada berkata

Portugis, Belanda, British berlumba-lumba

Mahu menjarah secara pukal

Melemahkan Islam secara total….

Walaupun begitu kata guru ku….

Aku tetap pelik dan keliru

Tampak janggal di mataku jua…..

500 tahun dijajah katanya….

Tidak pula kita seperti Filipina

Sepanyol kecil di timur benua

Cuba semak kisah sedih Red Indian Amerika

Cuba rujuk sejarah duka Maori Australia

Ketamadunan Aztec yang gilang gemilang di suatu ketika

Mereka dihalau membabi buta

Di negeri sendiri menjadi hamba

Beratus tahun juga di jajah

Tidak mampu bangkit megah

Bangsa Melayu ini di katakan lemah

Mampu bersaing sama tinggi sama rendah

500 tahun katanya di jajah

Sirna Melayu Islam tetap gah

Bani Jawi terus bertapak kuat

Sultan dan Raja tetap berdaulat

Agama islam tetap dijulang

Bahasa Melayu tetap terbilang

Jika benar Melayu lemah..

500 tahun sudah terjajah..

Jadilah Melayu seperti Maori

Jadilah Melayu seperti Aztec

Jadilah Melayu seperti Apachee

Jadilah Melayu hamba di bumi sendiri

Belajar dari sejarah….

Mengapa kita tetap gah…

Sudah pasti kita bukan lemah…

Penjajah kuffar sentiasa lelah…

Sedarlah anak bangsaku….

Kita semua rumpun yang hebat….

Walau di pisah laut dan darat…

Tetap bersatu menentang penjahat…

Bukan Melaka menjadi pengukur..

Lebih dari itu kita masyhur..

Di saat eropah masih mundur…

Bumi Melayu tersangat lah makmur

Nah..nusantara ini kita yang punya..

Di Indochina ada Champa

Di Filipina ada Sulu dan Visaya

Di Benua Siam wujudnya Tambaralingga

Kota Gelanggi di Semenanjung Jawi

Kalah masyhur serata bumi

Melaka hebat pencetus Nur Islami

Sejarah sebenar telah disembunyi…

Mereka sedar akan realiti…

Kemegahan Bani Jawi patut di tutupi…

Agar hilang jati di dalam diri…

Bila disembunyi sejarah bangsa…

Anak muda hilang punca..

Tertanya-tanya di mana asal diri…

Akhirnya hanyut dengan illusi…

Orang Cina bangga dengan Tembok Besar dan Terracotta

Orang India bangga dengan Purana dan Ramayana…

Membuat mereka kenal jati diri….

Asal usul mereka ada tamadun tinggi…

Ada apa dengan Melayu?

Aku tidak tahu…

Engkau tidak tahu…

Kerana tidak diberitahu….

Melayu itu bangsa istimewa…

Tidak jemu mencari cinta…

Berabad lamanya mencari sirna..

Hidup beragama menjadi fitrah..

Mulanya Hindu kemudiannya Buddha…

Jalan kebenaran tetap di cari…

Akhirnya bertemu utusan yang dinanti…

Berbondong-bondong Islam di anuti…

Al-Quran Dijunjung…

Rasullulah Di agung…

Cinta hakiki yang dicari…

Akhirnya sudah diketemui….

Berkat doa seorang wali..

Sinonimlah Islam dan Bani Jawi..

Tebal Islamnya, tebal Melayu nya…

Tidak dapat di pisah jua…

Bagai aur denga tebing..

Bagai irama dan lagu…

Ada apa dengan Melayu?

Kau tahu jawapannya

Aku tahu jawapannya

Kerana Islam memuliakan suatu bangsa…

Setapak, Kuala Lumpur

10 Zulkaedah 1432 HijrahMarhaen Kacakhttp://www.blogger.com/profile/16417250512944812420noreply@blogger.com23tag:blogger.com,1999:blog-2823632381505399935.post-10803641301868993122011-10-07T22:23:00.000+08:002011-10-08T15:42:43.135+08:00Ku Ukir Prasasti MayakuAssalamualaikum dan selamat sejahtera kepada saudara-saudara ku sekalian. Semoga semuanya berada di dalam keadaan berbahagia di samping keluarga tersayang. Di hari yang berbahagia ini, saya di sini buat kesekian kalinya melakukan 'overhaul' secara besar-besaran terhadap blog kesayangan aku ini. Ya, untuk pengetahuan pengunjung-pengunjung baru, blog ini sebenarnya sudah berada agak lama di alam maya ini. Kepada yang pernah singgah di sini, sudah tentunya anda pelik melihat keadaan blog ini seakan-akan sudah kehilangan 'content' lamanya.

Entri-entri lama di dalam blog ini sememangnya sudah tiada lagi. Saya telah mengambil keputusan untuk menjenamakan semula blog Hikayat Marhaen Kacak ini khusus untuk medan saya menulis secara kritis dalam mengulas pelbagai topik yang berkaitan isu-isu semasa mutakhir ini. Setelah berfikir panjang, saya telah bertekad untuk menulis dengan lebih serius mengenai topik-topik tertentu yang saya fikir menarik utnuk diulas terutamanya dalam topik politik,agama,pengetahuan am dan sebagainya.

Diharapkan selepas ini saya mampu menulis dengan sekerap mungkin demi untuk memberikan pendapat dan komen saya terhadap isu-isu semasa yang berbangkit dari masa ke semasa. Setakat ini, itu sahaja coretan dari saya, Marhaen Kacak. Nantikan entri saya seterusnya ya!

Setapak, Kuala Lumpur

9 Zulkaedah 1432 HijrahMarhaen Kacakhttp://www.blogger.com/profile/16417250512944812420noreply@blogger.com2