Alkisahnya di atas muka bumi yang dijadikan khalifah di atasnya manusia yang penuh mulia darjatnya di sisi Allah. Di utuskan hendaknya pada 1400 tahun yang lalu seorang Rasul Allah bernama Muhammad membawa sirna ke atas bumi Allah ini. Muhammad membawa pedoman dan membimbing umat-umat di atas muka bumi ini untuk menjadi khalifah yang bertakwa di sisi Allah raja sekalian alam. Walaupun setelah wafatnya junjungan besar Muhammad, dengan izin Allah, Kalam Allah terus tersebar di seluruh pelusuk dunia. Tidak kira sama ada tanah Parsi, Benua Keling, Andalusia hinggakan ke Benua Sind dilimpahi dengan rahmat Islam hasil kegigihan para pendakwah pewaris nabi hendaknya.
Period Dorman Akhirnya Tamat : Teruna Itu Loser?
Ditulis Oleh
Marhaen Kacak
Pada
3:59 PM
Dalam entri kali ini, saya bercadang untuk tidak mengemukakan topik-topik yang berat kepada pembaca semua. Dalam entri kali ini, saya hanya ingin berinteraksi dan mengajak pembaca sekalian berkongsi rasa dengan saya. Untuk pengetahuan anda, saya amat sensitif dengan isu yang melibatkan saudara sebangsa dan seagama kita. Jikalau anda belek-belek kembali artikel saya sebelum ini, terdapat banyak sekali entri-entri yang mempersembahkan topik-topik tentang Melayu, Islam. sejarah dan sebagainya. Walaupun saya terdidik dalam suasana yang moden dan serba kesenangan, jiwa 'totok' Melayu Islam saya tetap tebal dalam diri.
Kelangsungan Sistem Beraja Di Zaman Milenia
Ditulis Oleh
Marhaen Kacak
Pada
9:54 AM
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Kita sebagai Umat Melayu / Rumpun Melayu di Tanah Semenanjung Jawi ini amat bertuah kerana masih lagi mempunyai 'lambang' kekuasaan Melayu Islam yang termaktub dalam undang-undang dunia nan fana' bumi Malaysia ini iaitu dalam bentuk Sultan dan Raja-Raja Melayu. Selain dari Kesultanan Brunei, Kesultanan Melayu kita sememangnya masih terjaga dan terpelihara walaupun tidak mempunyai kuasa mutlak seperti zaman sebelum kedatangan penjajah.
Tudung, Dakwah Dan Blogging
Ditulis Oleh
Marhaen Kacak
Pada
12:00 AM
Assalamualaikum kepada pembaca-pembaca sekalian. Sebagai seorang yang banyak terlibat dengan bidang sales dan marketing, memang banyak masa saya luangkan untuk pergi ke sana kemari untuk mencari peluang-peluang perniagaan. Oleh itu, terdapat pelbagai ragam dan perangai manusia yang perlu dihadapi. Biasalah, dalam bidang pekerjaan ini, sememangnya lah memerlukan saya bersua muka secara terus dengan orang ramai tidak kira lah dari golongan berpendapatan tinggi mahupun bertaraf hidup rendah.
Kadangkala saya selalu tercuit hati melihat telatah dan perangai manusia. Bermacam-macam kerenah terpaksa saya terokai. Semua pengalaman ini diasimilasikan supaya saya dapat menjadi lebih matang dalam kehidupan seharian. Pertembungan dengan bermacam jenis manusia membuatkan saya belajar bagaimana hendak memperbaiki diri sendiri. Ada yang suka dipuji, ada yang gemar meninggi diri, ada yang sentiasa membuat ‘muka ketat’, ada yang kuat bersembang dan macam-macam lagi perangai tipikal Bani Adam yang biasa kita semua jumpa.
Kadangkala saya selalu tercuit hati melihat telatah dan perangai manusia. Bermacam-macam kerenah terpaksa saya terokai. Semua pengalaman ini diasimilasikan supaya saya dapat menjadi lebih matang dalam kehidupan seharian. Pertembungan dengan bermacam jenis manusia membuatkan saya belajar bagaimana hendak memperbaiki diri sendiri. Ada yang suka dipuji, ada yang gemar meninggi diri, ada yang sentiasa membuat ‘muka ketat’, ada yang kuat bersembang dan macam-macam lagi perangai tipikal Bani Adam yang biasa kita semua jumpa.
Subscribe to:
Posts (Atom)