Tudung, Dakwah Dan Blogging

Assalamualaikum kepada pembaca-pembaca sekalian. Sebagai seorang yang banyak terlibat dengan bidang sales dan marketing, memang banyak masa saya luangkan untuk pergi ke sana kemari untuk mencari peluang-peluang perniagaan. Oleh itu, terdapat pelbagai ragam dan perangai manusia yang perlu dihadapi. Biasalah, dalam bidang pekerjaan ini, sememangnya lah memerlukan saya bersua muka secara terus dengan orang ramai tidak kira lah dari golongan berpendapatan tinggi mahupun bertaraf hidup rendah.

Kadangkala saya selalu tercuit hati melihat telatah dan perangai manusia. Bermacam-macam kerenah terpaksa saya terokai. Semua pengalaman ini diasimilasikan supaya saya dapat menjadi lebih matang dalam kehidupan seharian. Pertembungan dengan bermacam jenis manusia membuatkan saya belajar bagaimana hendak memperbaiki diri sendiri. Ada yang suka dipuji, ada yang gemar meninggi diri, ada yang sentiasa membuat ‘muka ketat’, ada yang kuat bersembang dan macam-macam lagi perangai tipikal Bani Adam yang biasa kita semua jumpa.

Saudara dan saudari sekalian, tidak lama dahulu, saya pernah membuka ‘booth’ atau gerai jualan untuk promosi di sebuah pejabat kerajaan di Lembah Kelang. Ditakdirkan ketika itu, terdapat seorang ‘makcik’ yang berumur dalam lingkungan 50 an juga membuka gerai untuk menjual tudung dan aksesori wanita. Beliau berada di situ bersama anak perempuan nya yang berumur dalam belasan tahun dan mungkin masih bersekolah lagi.

Dalam kesibukan melayan pelanggan masing-masing, saya dan makcik tersebut sempat berbual-bual seketika bagi menghilangkan rasa bosan…..



Saya : Makcik dah lama ke berniaga ni?

Makcik : Lama dah…anak makcik ni tak lahir lagi makcik dah niaga dah (sambil merujuk kepada anak perempuan yang ada bersama nya)

Saya : Ooooo… memang otai la makcik ni yer… saya ni baru nak berjinak-jinak dalam berniaga…. Anak makcik yang ni sorang je ke?

Makcik : Huish…ni yang bongsu…akak-akak nya dah besar-besar dah…. Dah kawin pun ada…. Semua perempuan….

Saya : Oooo….jadi takde anak lelaki la ye makcik ni… ambil saya jadi anak angkat la makcik…hehehe…. Susah tak jaga anak perempuan ni makcik? (dengan nada mengusik)

Makcik : Makcik senang je…. korang buat la apa-apa pun, asal kan nanti dah besar reti cari makan sendiri ikut jalan halal. Itu je yang makcik lantak dekat anak makcik ni dan akak-akak nya…

Saya : Ye ke makcik? sporting la kirenye makcik ni yer…. hmmm… sekarang ni macam-macam gejala sosial jadi kat anak-anak muda kita sekarang…Makcik tak risau ker?

Makcik : Buat apa nak risau…. Makcik yakin dengan anak-anak makcik ni…. kalau diorang sayang keluarga, diorang takkan buat benda-benda tak elok… Kalau kau nak tau, anak-anak makcik ni setakat ni tak pernah rasanya buat perkara memalukan keluarga….

Saya : Ooooo…yeke….

Makcik : Kalau kau tengok anak-anak makcik ni, semua ranggi-ranggi jer…. pakai biasa-biasa jer… tak la bertudung tutup sana sini… Tapi semuanya dengar cakap setakat ni…. takde memalukan makcik dan pakcik kau….

Saya : Bagus la macam tu makcik…..

Makcik : Makcik tak suka paksa-paksa nak pakai tudung ke, nak pakai jubah ker… biar budak-budak ni pandai-pandai sendiri… bila dah dapat hidayah, pakaila diorang ni nanti…. Makcik taknak lah jadi macam sesetengah orang tu, anak nya depan mak bapaknya baik, pijak semut tak mati….. tapi belakang mak bapak, tudung entah ke mana, buat maksiat dengan jantan….


Saya : Banyak remaja begitu sekarang makcik….

Makcik : Biarla anak makcik ni orang nampak biasa jer… tak berlitup sana berlitup sini…. tapi takda buat masalah dekat keluarga…. Daripada anak dara yang berpakaian macam ustazah tapi beromen jugak!


Saya : Naudzubillah makcik….harap-harap takde lah terjadi dengan anak saya nanti……

Makcik : Orang sekarang ni suka tenguk luaran jer… dekat rumah makcik tu ada la dua tiga orang yang membandingkan anak makcik ni dengan anaknya… Maklum la anaknya itu bertudung litup..budak universiti la katakan…. Si Polan bagi nasihat la konon kat makcik suruh anak-anak pompuan makcik ni pakai tudung…. Kau tau makcik jawab dengan dia apa?

Saya : Apa dia makcik?

Makcik : Nama yang tegur makcik tu Timah…. makcik cakap “Oiii Timah, diri kau dan keluarga kau tu pun tak cukup sempurna lagi….Jangan nak ajar aku cara nak sekolahkan anak aku yeee”


Saya : (sambil tersenyum) Ye ke makcik?

Makcik : Hmmm…Ustaz masjid kat rumah makcik tu pun tak pernah suruh anak makcik pakai tudung ke hape… Yang si Timah ni lebih-lebih pulak. Ada hati nak nasihat orang…. Diri sendiri belum tentu berapa banyak dosa pahala lagi….. Tak payah nak sibuk berDAKWAH dengan aku ni…. Tau la aku uruskan keluarga aku…


Saya : Wahh..bersemangat makcik ye….(saja mengambil hati)


Saya pun terus bersembang dan bersembang lagi dengan makcik tersebut. Seronok bersembang dan mendengar celoteh orang-orang yang berpengalaman ini. Banyak juga saya bertanya kan pada makcik tersebut tentang perniagaan dan pahit jerih mencari sesuap nasi untuk membesarkan anak-anak….




Tuan-tuan dan Puan-Puan. Sebenarnya tujuan saya memaparkan dialog diatas adalah kerana saya tersentuh dengan bait-bait ayat makcik itu mengenai DAKWAH. Sememangnya pemahaman makcik di atas tentang DAKWAH adalah persepsi tipikal di kalangan masyarakat. Usaha nasihat menasihati dan berpesan-pesan kepada kebaikan sesama insan selalu dipandang serong oleh kebanyakan warga umat Islam di Malaysia. Terma dakwah di sini hanya eksklusif untuk golongan ustaz dan guru-guru Agama sahaja. Adakah kerja dakwah itu hanya dibebankan kepada segelintir golongan sahaja? Adakah kita sebagai umat yang sentiasa berbuat dosa dan kesalahan ini tidak layak untuk melakukan kegiatan amar ma’ruf nahi mungkar?

Firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat 110 :


"Kalian adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi manusia, kalian menyuruh (berbuat) kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran dan kalian beriman kepada Allah."

Dalam konteks ayat di atas, ‘kalian’ yang dimaksudkan adalah umat akhir zaman merangkap umat Nabi Muhammad S.A.W. Umat Muhammad diangkat sebagai sebaik-baik umat kerana kita diperintahkan untuk menggerakkan kegiatan amar ma’ruf dan nahi mugkar. Kita sebagai umat islam perlu menerapkan ajaran ini dalam hati kita. Walaupun kita tidak sempurna dan dianggap sentiasa melakukan dosa, kita tetap perlu berusaha untuk berdakwah.



Kita sedia maklum, manusia tidak terlepas dari melakukan kesalahan terutama cenderung untuk melakukan maksiat sama ada sedar atau tidak. Bayangkan jika dakwah itu hanya eksklusif untuk orang yang tiada cacat celanya dari segi perilaku dan amalan, itu bermakna TIADA LANGSUNG umat Muhammad layak melakukan aktiviti dakwah! Secara logikal nya, hanya Rasullullah sahaja nampaknya yang layak menyebarkan kata-kata Allah kepada umat manusia!

Firman Allah dalam Surah At Taubah ayat 71 :


"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang maruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat, dan mereka ta’at kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka akan diberi rahmat oleh Allah, sesungguhnya Allah Maha perkasa lagi Maha Bijaksana"



Ayat di atas menerangkan tentang kewajipan dan perintah mengerjakan amalam mencegah kemungkaran dan mengajak kepada kebaikan kepada semua lapisan. Kita, setiap lapisan masyarakat menjadi penolong antara satu sama lain dalam menegakkan pemahaman islam dalam komuniti. Tiada yang terkecuali dari tanggungjawab ini. Kita tidak boleh membutakan sahaja mata kita terhadap kemaksiatan yang berlaku di sekeliling kita dan tidak boleh pula hanya melakukan kebaikan tanpa menguar-uarkan atau mengajak saudara seislam kita yang lain untuk sama-sama ke jalan yang diredhai.

Dalam erti kata lain, Islam tidak membenarkan kita bersikap ‘IGNORANT’ dan BERLEPAS TANGAN dengan keadaan sekeliling dan kita dilarang untuk bersikap PENTINGKAN DIRI SENDIRI dalam mebuat amalan baik!






Semua lapisan masyarakat tidak kira golongan berada, golongan berpendapatan rendah, profesional, buruh kasar, suri rumah tangga, pelajar sekolah, warga emas dan lain-lain perlu sama-sama menggembeling tenaga untuk membudayakan Islam dalam kehidupan masyarakat secara total. Alhamdulillah, dalam tempoh dua dekad kebelakangan ini, penerapan Islam dalam kehidupan seharian semakin bertambah pesat. Walaupun begitu, masih ada lagi yang hanyut dalam arus kemajuan dan dilalaikan oleh candu hedonisme.


Oleh itu, kita sebagai umat Islam perlu sedikit sebanyak terlibat dalam usaha dakwah sesuai dengan kapasiti dan kemampuan kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini. Gunakan apa-apa kelebihan yang ada dan berdakwah lah mengikut kemampuan dan lakukannya dengan penuh hikmah serta kebijaksaan. Jangan lah bersikap acuh tak acuh dan berdiam diri dengan kemungkaran yang berlaku. Frasa ‘kubur masing-masing. so sendiri mau ingatla’ adalah amat bersalahan sekali dengan konsep yang diajarkan oleh Junjungan Mulia kita.

Sikap ‘IGNORANT’ inilah yang akan menyebabkan kita ditarik bersama oleh ahli neraka kedalam api yang membakar walaupun kita telah menjejakkan sebelah kaki di pintu syurga!



p/s : Kepada rakan-rakan blogger sekalian. Gunakanlah kapasiti anda sebagai seorang blogger untuk menyampaikan peringatan yang baik kepada kepada masyarakat. Gunakanlah platform yang ada untuk berdakwah! Jangan malu dan segan untuk menyampaikan kebenaran dengan alasan diri sendiri tidak sempurna. Gunakanlah kebolehan yang anda ada untuk sama-sama berpesan-pesan kepada kebaikan dan menegur-negur pada kemungkaran.


Setapak, Kuala Lumpur
11 Zulkaedah 1432 Hijrah

4 Komen:

Unknown said...

sangat setuju.........berpesan2 kepada kebaikan.. :)

zety said...

luas pandangan kupasan yang hebat.harap istikamah

IBU TUTI TKI SINGAPUR said...

saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
sempat saya putus asah dan secara kebetulan
saya buka FB ada seseorng berkomentar
tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
karna di malaysia ada pemasangan
jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
saya minta angka sama AKI NAWE
angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
terima kasih banyak AKI
kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
tak ada salahnya anda coba
karna prediksi AKI tidak perna meleset
saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan

GST Training Delhi said...

This is the precise weblog for anybody who needs to seek out out about this topic. You notice so much its almost arduous to argue with you. You positively put a brand new spin on a subject that's been written about for years. Nice stuff, simply nice!

Post a Comment