Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada saudara-saudara ku sekalian. Semoga semuanya berada di dalam keadaan berbahagia di samping keluarga tersayang. Di hari yang berbahagia ini, saya di sini buat kesekian kalinya melakukan 'overhaul' secara besar-besaran terhadap blog kesayangan aku ini. Ya, untuk pengetahuan pengunjung-pengunjung baru, blog ini sebenarnya sudah berada agak lama di alam maya ini. Kepada yang pernah singgah di sini, sudah tentunya anda pelik melihat keadaan blog ini seakan-akan sudah kehilangan 'content' lamanya.
Entri-entri lama di dalam blog ini sememangnya sudah tiada lagi. Saya telah mengambil keputusan untuk menjenamakan semula blog Hikayat Marhaen Kacak ini khusus untuk medan saya menulis secara kritis dalam mengulas pelbagai topik yang berkaitan isu-isu semasa mutakhir ini. Setelah berfikir panjang, saya telah bertekad untuk menulis dengan lebih serius mengenai topik-topik tertentu yang saya fikir menarik utnuk diulas terutamanya dalam topik politik,agama,pengetahuan am dan sebagainya.
Diharapkan selepas ini saya mampu menulis dengan sekerap mungkin demi untuk memberikan pendapat dan komen saya terhadap isu-isu semasa yang berbangkit dari masa ke semasa. Setakat ini, itu sahaja coretan dari saya, Marhaen Kacak. Nantikan entri saya seterusnya ya!
Setapak, Kuala Lumpur
9 Zulkaedah 1432 Hijrah
2 Komen:
terbaek... :)
mohon jangan ditinggalkan maklumat sejarah. mohon perkaitan antara dulu dan kini diadakan
Post a Comment