Kelangsungan Sistem Beraja Di Zaman Milenia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pengunjung-pengunjung blog yang sangat dihormati sekalian. Sekembalinya saya dalam arena blogging ini, saya terus berazam untuk mengemaskini blog yang semakin lama semakin bersawang ini. Dalam entri saya yang terbaru ini saya hendak mengajak rakan-rakan dan taulan untuk memikirkan sejenak beberapa cebisan dan rentetan peristiwa yang saya rasa agak menarik untuk dicernakan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Kita sebagai Umat Melayu / Rumpun Melayu di Tanah Semenanjung Jawi ini amat bertuah kerana masih lagi mempunyai 'lambang' kekuasaan Melayu Islam yang termaktub dalam undang-undang dunia nan fana' bumi Malaysia ini iaitu dalam bentuk Sultan dan Raja-Raja Melayu. Selain dari Kesultanan Brunei, Kesultanan Melayu kita sememangnya masih terjaga dan terpelihara walaupun tidak mempunyai kuasa mutlak seperti zaman sebelum kedatangan penjajah.

Kalau kita lihat di sudut-sudut lain di nusantara ini, tiada lagi 'raja dan sultan' yang masih berdiri gah di atas penubuhan suatu negara moden. Di Indonesia, pewaris-pewaris takhta Hamengkobuwono, Kesultanan Sambas, Kesultanan Deli, Kesultanan Ternate dan beratus-ratus Kerajaan yang lain telah hidup sebagai rakyat biasa dan tidak mempunyai apa-apa kuasa walaupun sekelumit dalam perlembagaan negara Indonesia moden. Begitu juga Kesultanan Sulu di Filipina serta Kesultanan Pattani di Thailand yang telah lenyap sama sekali.

Di Tanah Sri Indah Sekebun Bunga, Malaysia, Al Kisahnya Ke bawah Duli Yang Mulia...........

Sultan Muhammad V di sambutan Maal Hijrah Negeri Kelantan

Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra yang baru sahaja ditabalkan dalam suasana yang kontroversi ini sebagai Sultan Muhammad Ke V adalah ikon dan lambang kekuasaan umat Melayu yang amat di sayangi oleh penduduk di negeri serambi Mekah ini.

Saya amat tertarik dengan imej dan penampilan yang ditunjukkan oleh baginda Sultan semasa menghadiri Majlis Sambutan Maal Hijrah bersama-sama Rakyat Kelantan baru-baru ini. Baginda kelihatan segak mengenakan jubah ala-ala Arab dan 'lebai' putih dan kelihatan amatlah 'sempoi' sekali dihadapan beribu-ribu rakyat jelata.

Rasanya seumur hidup, ini lah pertama kali saya melihat seorang Sultan yang begitu segak mengenakan persalinan yang bermotifkan seperti di atas. Bila ditenung gambar di atas, timbul juga perasaan terharu dan berbangga dengan penampilan seorang Sultan yang kelihatan begitu berkarisma dan mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin yang mempunyai kecintaan kepada Islam itu sendiri.

Walaupun kita tidak boleh membuat kesimpulan tentang peribadi seseorang melalui penampilan luaran, saya tetap merasa iri hati juga dengan rakyat jelata Kelantan kerana mereka mempunyai Sultan yang mempunyai imej yang begitu memikat. Walaupun begitu, rata-rata rakyat Kelantan  kenal dengan peribadi Baginda Sultan mereka kan? Kalau tuan-tuan dan puan-puan ingin mengetahui tentang ketokohan dan bakat kepimpinan Baginda, tanyalah sendiri dengan Rakyat Kelantan. Pasti mereka akan memberi respons positif!

Di Wilayah Kalimantan Selatan, Republik Indonesia, Al Kisah Ke Bawah Duli Yang Mulia........

Raja Baru Kesultanan Banjar

Sultan Baru Kesultanan Banjar, Pangeran Khairul Saleh telah pun ditabalkan sebagai pewaris baru Kabupaten Banjarmasin baru-baru ini. Menurut maklumat dari saudara Ibnu Rusydi, penabalan ini diraikan secara besar-besaran di Wilayan Kalimantan Selatan ini. Majlis ini juga dimeriahkan dengan kehadiran menteri-menteri kabinet Indonesia.

Menurut catatan sejarah, Kesultanan Banjar ini telah lenyap selama 150 akibat di jarah oleh penjajah Belanda. Apa yang menariknya di sini, rakyat-rakyat tempatan tetap menganggap Waris Kesultanan mereka ini sebagai lambang kemegahan yang perlu di kekalkan. Walaupun taraf dan kedudukan waris Kesultanan Banjar ini tidaklah sama dengan hak dan kekuasaan Sultan Muhammad ke V di Kelantan, penduduk tempatan di Banjarmasin masih berusaha sedaya upaya dan sanggup bersusah payah untuk menabalkan 'sultan' mereka di zaman serba moden ini.

Ini berbeza dengan sesetengah generasi  Melayu baru di Malaysia ini yang begitu 'menkondem' sistem beraja kita. Bagi mereka yang tidak mengerti rasional sistem beraja dan tidak mahu faham sejarah, Sistem beraja ini sangatlah menjelekkan dan bagi mereka Sultan dan Raja ini tidak mendatangkan apa-apa kebaikan dalam memacu negara ke arah kemajuan. Golongan seperti ini merasa institusi beraja perlu dihapuskan ataupun sekurang-kurangnya dilucutkan taraf keistimewaan di dalam perlembagaan.

Satu persoalan, suka kah tuan-tuan dan puan-puan nanti apabila Raja-Raja Melayu hanya menjadi 'lambang' kebudayaan sahaja seperti waris-waris kesultanan di Indonesia dan institusi istana hanya digunakan untuk menarik kedatangan pelancong asing?

Di Tanah Semenanjung Melayu suatu ketika dahulu, Al Kisah Ke Bawah Duli Yang Mulia......

Genting Highland yang dibangunkan di atas tanah gunung yang berharga RM 600,000 pada tahun 1960 an

Raja-Raja Melayu bersembilan telah menandatangani watikah kemerdekaan Tanah Melayu dari British pada 31 Ogos 1957 dan rentetan dari itu, Baginda-Baginda Raja-Raja Melayu telah menurunkan 7 wasiat untuk umat Melayu di tanah bertuah ini...... Baginda-Baginda Sultan bertitah ketika itu :


PERTAMA : Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA).

KEDUA : Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

KETIGA : Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

KEEMPAT : Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.
KELIMA : Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.
KEENAM : Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU; dan
KETUJUH : Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak)


Kalau kita kaji wasiat kedua di atas, sebanyak 50% tanah di bumi Melayu ini di isytiharkan sebagai Tanah Rizab Melayu yang tidak boleh dipindah milik. Sebanyak 50% lagi pula kita boleh miliki dan berkongsi dengan kaum-kaum yang lain seperti bangsa Cina dan India. Menariknya di sini, tanah yang dimaksudkan ini tidak termasuk gunung, tasik dan hutan simpan.


Bagaimana pula dengan konglomerat terkenal, mendiang Lim Goh Tong yang membeli 12,000 ekar tanah hutan di kawasan Gunung Ulu Kali, Hulu Selangor yang kemudiannya di 'convert' menjadi sebuah pusat pelancongan dan pusat perjudian terkenal?. Apakah status tanah asal pusat peranginan yang berketinggian 1800 m ini? Adakah tanah gunung di Batang Kali ini termasuk dalam tanah untuk direbut bersama-sama kaum lain seperti wasiat di atas? Siapakah pula yang bertanggung jawab dalam isu tanah ni.?



Sambil kita fikir-fikirkan persoalan di atas, kalau kita lihat lagi wasiat raja-raja Melayu ini, sememangnya kita sebagai umat Melayu telah dijamin sebagai 'tuan' di negara ini. Tiada kompromi dan tak perlulah kita laungkan sangat isu siapa tuan siapa hamba. Kunci kepada kepada konsep 'kedaulatan' Melayu ini terletak pada wasiat ke 3 dan 4 yang memastikan kelangsungan dan dominasi Bangsa asal negara ini. Bagi umat Melayu yang terlalu takut kononnya umat Melayu bakal merempat di bumi sendiri : JANGAN RISAU kawan-kawan ku!.Sultan dan institusi diraja kita bakal menjadi NAGA yang akan medamaikan Sang Harimau dan Sang Singa yang bercakaran.

Tapi adakah semua ini terjamin? Manalah tahu semua yang termaktub dalam wasiat ini dilacurkan sendiri oleh 'tangan-tangan ghaib' seperti mana dalam kes Genting Highland di atas?. Wallahualam

Ampun Tuanku....!


Setapak, Kuala Lumpur
11 Zulkaedah 1432 Hijrah

11 Komen:

Xx said...

daulat tuanku :)

MiraMERAH>> Ramai ramai Mira, Mira yang mana ???

emieysandra said...

daulat tuanku ;)

Anonymous said...

boleh ke 'sembah patek'..

SUXX said...

wow nice info.

LadyBird said...

lady berharap sgt kite kembali ke zaman lampau.. menggunakan sistem lampau.. raja2 melayu menjadi tunggak negara.. mempunyai penasihat yg berpengathuan luas dlm bidang agama.. menjadikan Islam sebagai agama rasmi secara 100%.. teringin kembali dengan sistem itu di zaman millenium ni..

Hafiz said...

semoga golongan "freeloader" ini yang makan minumnya diberi oleh rakyat akan sentiasa sihat walafiat.

Takebeer

Syed Muhammad said...

Jika semua soltan mcm Soltan Kelantan, sape tak syg, boleh jd imam, boleh masuk liang lahad, boleh syahadahkan mualaf, dll.

Tp soltan yg beraja dimata tu yg rakyat tak suka

Unknown said...

Saya Sangat BerTerima kasih Atas Bantuan Angka Ritual MBAH…Angka MBAH EROK PRANAL Tembus 100%…Saya udah kemana-mana mencari angka yang mantap selalu gak ada hasilnya…sampai- sampai hutang malah menumpuk…tanpa sengaja seorang teman lagi cari nomer jitu di internet…Kok ketemu NomoR MBAH EROK PRANAL..Saya coba beli Paket 4D ternyata Tembus…dan Bagai di sambar Petir..Ternyata Angka Ritual Ghoib MBAH EROK PRANAL…Yang SaYa Minta Tembus 4D…Baru kali ini saya mendapat angka ritual yang benar-benar Mantap…Bagi saudara yang ingin merubah Nasib seperti saya…Anda Bisa CALL/SMS Di Nomer MBAH EROK PRANAL 085 377 797 151.(((Buktikan Aja Sendiri Saudara-Saudari)))

IBU TUTI TKI SINGAPUR said...

saya AHMAD SANI posisi sekarang di malaysia
bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
sempat saya putus asah dan secara kebetulan
saya buka FB ada seseorng berkomentar
tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
karna di malaysia ada pemasangan
jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
saya minta angka sama AKI NAWE
angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
terima kasih banyak AKI
kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
tak ada salahnya anda coba
karna prediksi AKI tidak perna meleset
saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan




















saya AHMAD SANI posisi sekarang di malaysia
bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
sempat saya putus asah dan secara kebetulan
saya buka FB ada seseorng berkomentar
tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
karna di malaysia ada pemasangan
jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
saya minta angka sama AKI NAWE
angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
terima kasih banyak AKI
kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
tak ada salahnya anda coba
karna prediksi AKI tidak perna meleset
saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan




















Unknown said...

SEKEDAR INFO BOCORAN TOGEL
JIKA ANDA BUTUH A'NGKA GHOIB/JITU
SGP HK MALAYSIA ARAB SAUDI LAOS
2D_3D_4D-5D-6D-7D DI JAMIN 100% TEMBUS...
SAYA BUKTINYA SUDAH 5X JP
DAN SAYA SUDAH BENER2 YAKIN DENGAN AKI RORO
YANG TELAH MEMBERIKAN ANGKA RITUAL NYA
BAGI ANDA YANG SUKA MAIN TOGEL
& INGIN SEPERTI SAYA SILAHKAN GABUNG DENGAN AKI RORO
SILAHKAN HUB DI NO: ((_082_336_642_456_))


Sekian lama saya bermain togel baru kali ini saya
benar-benar merasakan yang namanya kemenangan 4D
dan alhamdulillah saya dpat Rp 250 juta dan semua ini
berkat bantuan angka dari AKI RORO
karena cuma Beliaulah yang memberikan angka
ritual yg di jamin 100% tembus awal saya
bergabung hanya memasang 100 ribu karna
saya ngak terlalu percaya ternyatah benar-benar
tembus dan kini saya ngak ragu-ragu lagi untuk memasang
angka nya,,,,buat anda yg butuh angka yang di jamin tembus
hubungi AKI RORO DI NO: ((_082_336_642_456_))
insya allah beliu akan siap menbatu kesusahan anda
''kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T dan terima kasih banyak kepada AKI RORO

G ISMAIL said...

penulisan yang baik. agak keciwa anak-anak milenia hari ini tidak faham akan fungsi dan kenapa sultan wujud di tanah melayu ini. Walaupun keberadaan sultan pada hari ini dilihat seperti tidak ada fungsi oleh mereka-mereka yang tidak faham akan siapa mereka ini, lebih parah lagi apabila dianggap mereka ini makan harta rakyat tanpa berbuat sekelumit jasa tanpa mengkaji sejarah bagaimana tertubuhnya sebuah kerajaan yang menjalankan tungas-tugas mentadbir negara/ negeri pada suatu ketika dahulu.

Post a Comment