Period Dorman Akhirnya Tamat : Teruna Itu Loser?


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca blog sekalian. Bila tiba hari-hari hujung minggu, semangat saya untuk berblog secara tiba-tiba menjadi kurang. Tidak pasti kenapa perasaan ini terjadi. Jika hari-hari bekerja mencanak-canak pula perasaan ingin berkarya sampai tugasan-tugasan hakiki terbengkalai.   8 bulan telah berlalu melalui kehidupan tanpa berkarya, akhirnya hari ini berjaya juga saya menerbitkan satu entri terbaru.

Dalam entri kali ini, saya bercadang untuk tidak mengemukakan topik-topik yang berat kepada pembaca semua. Dalam entri kali ini, saya hanya ingin berinteraksi dan mengajak pembaca sekalian berkongsi rasa dengan saya. Untuk pengetahuan anda, saya amat sensitif dengan isu yang melibatkan saudara sebangsa dan seagama kita. Jikalau anda belek-belek kembali artikel saya sebelum ini, terdapat banyak sekali entri-entri  yang mempersembahkan topik-topik tentang Melayu, Islam. sejarah dan sebagainya. Walaupun saya terdidik dalam suasana yang moden dan serba kesenangan, jiwa 'totok' Melayu Islam saya tetap tebal dalam diri.


Melayu? Sebut fasal Melayu, kemungkinan ramai antara kita yang berkata :

'Buat apa nak bangga dengan bangsa dan suku kaum ni? Yang penting kita mesti utamakan islam... pergi mampus la sama melayu!'

Sahabat-sahabat ku sekalian. Memang benar, Islam terletak di atas sekali di dalam hierarki kehidupan kita. Iman dan taqwa lah yang akan membezakan darjat kita di akhirat nanti. Di sisi Allah, tiada faktor lain yang akan dipandang oleh tuhan sekalian alam selain iman, amal dan ihsan. Tidak kira Melayu, Cina, Benggali, Kadazan ataupun bangsa Senegal sekalipun tetap mendapat tempat yang mulia di sisi Allah jika beriman dan bertaqwa kepada Allah.

Firman Allah:
Wahai manusia! Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan. Dan kami telah menjadikan kamu dalam pelbagai bangsa dan suku puak, supaya kamu boleh berkenal-kenalan antara satu sama lain. Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah maha mengetahui dan maha mendalam mengetahuannya (Surah Al-Hujurat Ayat 13)

Mengikut ayat diatas, sememangnya taqwa adalah penentu darjat kita disisi Allah kelak dan bukanlah keturunan dan bangsa. Walaupun begitu, identiti bangsa juga perlu la kita junjung dan perlu la juga kita berbangga sementara kita didunia ni dengan syarat kita tidak lah bersikap 'asobiyah' sampai menghina taraf dan hak bangsa-bangsa lain.


Identiti bangsa ini lah yang saya amat tekankan dalam beberapa artikel aku yang lepas. Bagi saya tak salah bagi kita mengenal bangsa dengan lebih rapat kerana mengenal bangsa ini bukanlah bermakna kita taksub dengan perkauman. Mengenal bangsa kita adalah lebih kepada mendekatkan diri kita kepada asal-usul kita yang selama ini samar-samar (hasil dari pengelapan sejarah). Bagi saya tak salah untuk kita ambil tahu tentang sejarah bangsa ini kerana sejarah bangsa kita ini juga amat rapat dengan perkembangan islam itu sendiri.

Rakan-rakan sekalian, dalam menceritakan tentang identiti bangsa ini suka sekali saya hendak berkongsi dengan anda tentang tinjauan terhadap identiti bangsa kita pada generasi-generasi baru kita. Di sini saya akan ceritakan 2 kisah yang saya alami sendiri tidak berapa lama dahulu.

(Bahasa kisah di bawah sedikit rojak untuk memudahkan penceritaan)


Kisah Pertama 

Nak dijadikan cerita aku ada la janji nak jumpa dengan kawan aku dekat2 area Bukit Damansara. Area2 ni memang agak asing jugak la bagi aku walaupun aku pernah jugak singgah sini masa zaman reformasi dulu....huhuuh...(rumah anwar berahim kat sini ler).... Kawan aku ni pun halo la aku suruh tunggu dia dekat Restoren Mamak dalam area Damansara Heights ni.... 

Aku masa tu sampai dulu kat situ n aku pun order la air dulu kat mapley yg ada kat situ.... sambil2 aku termenung2 dan mengutuk kawan aku yang mmg terkenal dengan kelambatannya sejak azali lagi, aku terperasan satu kumpulan budak2 belasan tahun yang tengah bersembang di dalam kedai mamak ni....

Aku pun dapat la menangkap perbualan budak2 ni......

"Hey dude.....common la... which one u like most.......???" 

"I like almost everything except you...!!!!....hahahahaha...."

Dialog diatas disambung dengan gelak ketawa yang berdekah2 memecah keheningan pagi yg indah ni...... Lepas tu diorang pun bersambung lagi berborak2 dalam slanga Mat Saleh yang pekat.....

Bila aku tenung budak2 ni ternyata grup budak2 berjumlah 10 orang ni semua berwajahkan melayu.... tak nampak pun sikit macam wajah negro ke, scotland ke apatah lagi rakyat USA!.... Memang hebat diorang ni bersembang omputih....hahaha... Aku nak sembang omputih dengan warga asing pun kadang2 tersasul perkataan melayu.....hahahah.....

TAMAT KISAH PERTAMA


Kisah Kedua

Satu hari ni aku adala buat Program Pemeriksaan Mata kat satu sekolah area Setapak/Wangsa Maju...... memang ari tu jenuh aku cek mata budak2 sekolah menengah ni.... Maklumla.... kadang2 bukan budak2 yang bermasalah mata je yang nak cek, budak2 yang menggatal saja2 nak cek pun ramai.....hahaha....

Walaupun aku rase nak marah je budak2 yang mengada2 ni, aku tetap bersabar n cek la jugak mata budak2 ni.... takpela.... aku pun faham tingkah laku budak2 baru nak up ni... mesti la sume bende nak cuba.... nak2 kalau kawan2 ada kat situ mestila orang lain pun nak sibuk sama....hehehe.... Tenguk budak2 ni teringat lak aku kat zaman kenakalan aku kat sekolah dulu...hahaha

Bila dah habis aku cek mata budak yang terakhir, aku pun saja2 je la bertanya ngan seorang budak laki ni yang still ada kat bilik kesihatan sekolah ni....

"Dik, amacam belaja? ok tak cikgu kat sekolah ni?"

Kata budak lelaki tu, "ok la bang....kalau tak best pun layankan jer...hehehe.."

"hahaha...ko ade awek tak sekarang ni?..." Aku pun tanya soklan untuk suka2.......

"mestila ada bang.....orang hensem cam saya mesti la ada awek...." sengih budak lelaki yang bernama Usop ni....

"oooo....abang pun takde awek lagi.....budak2 skang ni memang pandai cari awek....ajarla abang sket ilmu ngorat2 ni...." kate aku sambil saja nak 'up' kan moral budak ni....hehehe....

"hahaha....boleh bang..... belanja la saya makan kat kantin....hihihihi" 

Aku pun terpikir idea yang best lagi untuk bertanya......

"ko tunjuk la gambar awek ko kat aku....Baru aku belanja ko kat kantin...amacam?..."

Budak tu pun menunjukkan gambar awek nya kepada aku dengan muka bangga n riaknya.... Alangkah terkejutnya aku gambar yang si Usop ni tunjukkan ialah gambar SEPARA BOGEL diorang berdua dalam satu bilik.........

"kurang asam ko yek.... ni ko kat mane ni ngan awek ko ni....??"

"ala bang....ni kat rumah saya ni.... masa ni mak bapak saya takde.... saya pun apa lagi..... bawak la awek saya ke rumah....hihi... dapat la saya rasa puas2 malam tu...."

"Saya geram bang.... orang kata saya ni 'LOSER' pasal tak dapat 'MAIN' dengan pompuan lagi.... diorang kata saya ni 'TERUNA TERLAJAK' ..... So, saya pun geram la.... tu la yang saya ajak awek saya ni datang rumah.... Dia pun pun on jer....hahaha...."

Aku pun terdiam mendengar penjelasan budak ni...... Lepas tu aku pun ajak dia ke kantin sambil belanja si Usop ni makan nasi berlauk ayam dan horlick ais segelas....

TAMAT KISAH KEDUA



Kesimpulan


Diriku terkena kejutan budaya
Anda Bagaimana Pula?


Setapak, Kuala Lumpur
13 Rejab 1433

2 Komen:

IBU TUTI TKI SINGAPUR said...

saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
sempat saya putus asah dan secara kebetulan
saya buka FB ada seseorng berkomentar
tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
karna di malaysia ada pemasangan
jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
saya minta angka sama AKI NAWE
angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
terima kasih banyak AKI
kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
tak ada salahnya anda coba
karna prediksi AKI tidak perna meleset
saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan










saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
sempat saya putus asah dan secara kebetulan
saya buka FB ada seseorng berkomentar
tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
karna di malaysia ada pemasangan
jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
saya minta angka sama AKI NAWE
angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
terima kasih banyak AKI
kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
tak ada salahnya anda coba
karna prediksi AKI tidak perna meleset
saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan

GST Training Delhi said...

Amazing blog and very interesting stuff you got here! I definitely learned a lot from reading through some of your earlier posts as well and decided to drop a comment on this one!

Post a Comment