Showing posts with label Melayu Islam Bangkit. Show all posts
Showing posts with label Melayu Islam Bangkit. Show all posts

Kelangsungan Sistem Beraja Di Zaman Milenia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pengunjung-pengunjung blog yang sangat dihormati sekalian. Sekembalinya saya dalam arena blogging ini, saya terus berazam untuk mengemaskini blog yang semakin lama semakin bersawang ini. Dalam entri saya yang terbaru ini saya hendak mengajak rakan-rakan dan taulan untuk memikirkan sejenak beberapa cebisan dan rentetan peristiwa yang saya rasa agak menarik untuk dicernakan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Kita sebagai Umat Melayu / Rumpun Melayu di Tanah Semenanjung Jawi ini amat bertuah kerana masih lagi mempunyai 'lambang' kekuasaan Melayu Islam yang termaktub dalam undang-undang dunia nan fana' bumi Malaysia ini iaitu dalam bentuk Sultan dan Raja-Raja Melayu. Selain dari Kesultanan Brunei, Kesultanan Melayu kita sememangnya masih terjaga dan terpelihara walaupun tidak mempunyai kuasa mutlak seperti zaman sebelum kedatangan penjajah.

Kembara Jawi Mencari Cinta

Assalamualaikum saudara-saudari yang dirahmati Allah. Mutakhir ini, umat Melayu Islam di negara kita ini berdepan dengan seribu satu macam cabaran untuk meneruskan kehidupan di bumi bertuah ini. Bangsa Melayu yang amat sinonim dengan anutan Islamnya pernah melalui suka dan duka serta duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain di dunia ini.

Apabila duduk berseorangan,  kerap juga saya memikirkan akan nasib generasi Melayu Islam akan datang dalam menongkah arus pemodenan. Acapkali juga saya memikirkan tentang sikap sesetengah anak bangsa kita yang amat memandang lekeh terhadap keupayaan survival bangsa mereka sendiri di zaman milenea ini. Ada yang malu menonjolkan kemelayuan mereka kerana banyak dimomokkan dengan pelbagai persepsi negatif tentang 'trait' dongeng mengenai Melayu itu sendiri. Benarkah kita perlu bersikap begitu? Adakah kita begitu inferior berbanding dengan bangsa-bangsa lain yang mempunyai sejarah yang begitu gilang gemilang?