Kelangsungan Sistem Beraja Di Zaman Milenia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pengunjung-pengunjung blog yang sangat dihormati sekalian. Sekembalinya saya dalam arena blogging ini, saya terus berazam untuk mengemaskini blog yang semakin lama semakin bersawang ini. Dalam entri saya yang terbaru ini saya hendak mengajak rakan-rakan dan taulan untuk memikirkan sejenak beberapa cebisan dan rentetan peristiwa yang saya rasa agak menarik untuk dicernakan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Kita sebagai Umat Melayu / Rumpun Melayu di Tanah Semenanjung Jawi ini amat bertuah kerana masih lagi mempunyai 'lambang' kekuasaan Melayu Islam yang termaktub dalam undang-undang dunia nan fana' bumi Malaysia ini iaitu dalam bentuk Sultan dan Raja-Raja Melayu. Selain dari Kesultanan Brunei, Kesultanan Melayu kita sememangnya masih terjaga dan terpelihara walaupun tidak mempunyai kuasa mutlak seperti zaman sebelum kedatangan penjajah.

Tudung, Dakwah Dan Blogging

Assalamualaikum kepada pembaca-pembaca sekalian. Sebagai seorang yang banyak terlibat dengan bidang sales dan marketing, memang banyak masa saya luangkan untuk pergi ke sana kemari untuk mencari peluang-peluang perniagaan. Oleh itu, terdapat pelbagai ragam dan perangai manusia yang perlu dihadapi. Biasalah, dalam bidang pekerjaan ini, sememangnya lah memerlukan saya bersua muka secara terus dengan orang ramai tidak kira lah dari golongan berpendapatan tinggi mahupun bertaraf hidup rendah.

Kadangkala saya selalu tercuit hati melihat telatah dan perangai manusia. Bermacam-macam kerenah terpaksa saya terokai. Semua pengalaman ini diasimilasikan supaya saya dapat menjadi lebih matang dalam kehidupan seharian. Pertembungan dengan bermacam jenis manusia membuatkan saya belajar bagaimana hendak memperbaiki diri sendiri. Ada yang suka dipuji, ada yang gemar meninggi diri, ada yang sentiasa membuat ‘muka ketat’, ada yang kuat bersembang dan macam-macam lagi perangai tipikal Bani Adam yang biasa kita semua jumpa.

Dakyah Golongan 'Free Thinker' : Kita Tidak Akan Maju Jika Dikongkong Islam?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca blog Hikayat Marhaen Kacak sekalian. Sebagaimana nampak beratnya tajuk entri saya hari ini, terasa berat juga tangan saya hendak aktif menulis kembali. Banyak urusan dan kerja perlu di selesaikan sebelum saya dapat duduk dengan tenang untuk mengemaskini blog yang agak bersawang ini. Alhamdulillah di pagi yang berkat ini dapatlah saya menukilkan satu artikel untuk pembaca-pembaca yang sempat mengunjungi prasasti maya saya ini.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Dalam entri terbaru kali ini, sukacitanya saya ingin mengulas serba sedikit perihal yang bersangkut paut dengan ‘Sistem’. Sistem adalah metodologi atau garis panduan bagi setiap individu, organisasi ataupun kumpulan yang lebih besar dalam menguruskan kehidupan seharian mahupun untuk memandu kita dalam mendapatkan kehidupan yang selesa dan ideal. Apabila kita bercakap mengenai sistem, kita lebih cenderung membincangkan tentang sistem atau aturan yang telah ditetapkan oleh orang atasan dan pemimpin, sebagai contoh, kerajaan kepada rakyatnya, ibu-bapa kepada anak-anaknya, mahupun majikan kepada pekerjanya.

Kembara Jawi Mencari Cinta

Assalamualaikum saudara-saudari yang dirahmati Allah. Mutakhir ini, umat Melayu Islam di negara kita ini berdepan dengan seribu satu macam cabaran untuk meneruskan kehidupan di bumi bertuah ini. Bangsa Melayu yang amat sinonim dengan anutan Islamnya pernah melalui suka dan duka serta duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain di dunia ini.

Apabila duduk berseorangan,  kerap juga saya memikirkan akan nasib generasi Melayu Islam akan datang dalam menongkah arus pemodenan. Acapkali juga saya memikirkan tentang sikap sesetengah anak bangsa kita yang amat memandang lekeh terhadap keupayaan survival bangsa mereka sendiri di zaman milenea ini. Ada yang malu menonjolkan kemelayuan mereka kerana banyak dimomokkan dengan pelbagai persepsi negatif tentang 'trait' dongeng mengenai Melayu itu sendiri. Benarkah kita perlu bersikap begitu? Adakah kita begitu inferior berbanding dengan bangsa-bangsa lain yang mempunyai sejarah yang begitu gilang gemilang?

Ku Ukir Prasasti Mayaku

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada saudara-saudara ku sekalian. Semoga semuanya berada di dalam keadaan berbahagia di samping keluarga tersayang. Di hari yang berbahagia ini, saya di sini buat kesekian kalinya melakukan 'overhaul' secara besar-besaran terhadap blog kesayangan aku ini. Ya, untuk pengetahuan pengunjung-pengunjung baru, blog ini sebenarnya sudah berada agak lama di alam maya ini. Kepada yang pernah singgah di sini, sudah tentunya anda pelik melihat keadaan blog ini seakan-akan sudah kehilangan 'content' lamanya.

Entri-entri lama di dalam blog ini sememangnya sudah tiada lagi. Saya telah mengambil keputusan untuk menjenamakan semula blog Hikayat Marhaen Kacak ini khusus untuk medan saya menulis secara kritis dalam mengulas pelbagai topik yang berkaitan isu-isu semasa mutakhir ini. Setelah berfikir panjang, saya telah bertekad untuk menulis dengan lebih serius mengenai topik-topik tertentu yang saya fikir menarik utnuk diulas terutamanya dalam topik politik,agama,pengetahuan am dan sebagainya.