Kembara Jawi Mencari Cinta

Assalamualaikum saudara-saudari yang dirahmati Allah. Mutakhir ini, umat Melayu Islam di negara kita ini berdepan dengan seribu satu macam cabaran untuk meneruskan kehidupan di bumi bertuah ini. Bangsa Melayu yang amat sinonim dengan anutan Islamnya pernah melalui suka dan duka serta duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain di dunia ini.

Apabila duduk berseorangan,  kerap juga saya memikirkan akan nasib generasi Melayu Islam akan datang dalam menongkah arus pemodenan. Acapkali juga saya memikirkan tentang sikap sesetengah anak bangsa kita yang amat memandang lekeh terhadap keupayaan survival bangsa mereka sendiri di zaman milenea ini. Ada yang malu menonjolkan kemelayuan mereka kerana banyak dimomokkan dengan pelbagai persepsi negatif tentang 'trait' dongeng mengenai Melayu itu sendiri. Benarkah kita perlu bersikap begitu? Adakah kita begitu inferior berbanding dengan bangsa-bangsa lain yang mempunyai sejarah yang begitu gilang gemilang?
Tuan-tuan dan puan-puan, mari sama-sama kita hayati puisi di bawah :


Ku menung seorang diri
Bertemankan secangkir kopi
Kotaraya di dinihari
Bingitnya meneman diri

Depan belakang kanan dan kiri
Anak muda riang ria sekali
Bagaikan tiada gundah menanti
Berembun jantan tiadalah di peduli

Pria dan wanita bertepuk tampar
Tidak ketinggalan pasangan berpacar
Di saat qimulail patut dilaksana
Anak muda bangsaku tetap leka

Anak Melayu zaman ku ini
Hilang pedoman dan jati diri
Belasan tahun hilang arah
Semakin dewasa semakin parah

Ah Seng dan Maniam kata….
Melayu keturunan pemalas

Munsyi Abdullah kata….
buat sebatang jarum pun Melayu tak lepas…

Mahathir Mohammad kata…
Melayu itu suka subsidi dan meminta-minta

Benarkah kita bangsa yang lemah
Bangsa baru yang perlu di papah
Ketinggalan dalam lipatan sejarah
Walaupun tinggal di bumi bertuah



Kita dimomokkan dengan kemunduran
Setengah milenea dijajah lawan
Selepas merdeka tetap di kelirukan
Tidak kenal musuh ataupun lawan

Guru sejarah ku ada berkata
Portugis, Belanda, British berlumba-lumba
Mahu menjarah secara pukal
Melemahkan Islam secara total….
Walaupun begitu kata guru ku….
Aku tetap pelik dan keliru
Tampak janggal di mataku jua…..
500 tahun dijajah katanya….
Tidak pula kita seperti Filipina
Sepanyol kecil di timur benua

Cuba semak kisah sedih Red Indian Amerika
Cuba rujuk sejarah duka Maori Australia
Ketamadunan Aztec yang gilang gemilang di suatu ketika

Mereka dihalau membabi buta
Di negeri sendiri menjadi hamba
Beratus tahun juga di jajah
Tidak mampu bangkit megah

Bangsa Melayu ini di katakan lemah
Mampu bersaing sama tinggi sama rendah
500 tahun katanya di jajah
Sirna Melayu Islam tetap gah


Bani Jawi terus bertapak kuat
Sultan dan Raja tetap berdaulat
Agama islam tetap dijulang
Bahasa Melayu tetap terbilang

Jika benar Melayu lemah..
500 tahun sudah terjajah..
Jadilah Melayu seperti Maori
Jadilah Melayu seperti Aztec
Jadilah Melayu seperti Apachee
Jadilah Melayu hamba di bumi sendiri

Belajar dari sejarah….
Mengapa kita tetap gah…
Sudah pasti kita bukan lemah…
Penjajah kuffar sentiasa lelah…

Sedarlah anak bangsaku….
Kita semua rumpun yang hebat….
Walau di pisah laut dan darat…
Tetap bersatu menentang penjahat…

Bukan Melaka menjadi pengukur..
Lebih dari itu kita masyhur..
Di saat eropah masih mundur…
Bumi Melayu tersangat lah makmur

Nah..nusantara ini kita yang punya..
Di Indochina ada Champa
Di Filipina ada Sulu dan Visaya
Di Benua Siam wujudnya Tambaralingga
Kota Gelanggi di Semenanjung Jawi
Kalah masyhur serata bumi
Melaka hebat pencetus Nur Islami

Sejarah sebenar telah disembunyi…
Mereka sedar akan realiti…
Kemegahan Bani Jawi patut di tutupi…
Agar hilang jati di dalam diri…

Bila disembunyi sejarah bangsa…
Anak muda hilang punca..
Tertanya-tanya di mana asal diri…
Akhirnya hanyut dengan illusi…

Orang Cina bangga dengan Tembok Besar dan Terracotta
Orang India bangga dengan Purana dan Ramayana
Membuat mereka kenal jati diri….
Asal usul mereka ada tamadun tinggi…

Ada apa dengan Melayu?

Aku tidak tahu…
Engkau tidak tahu…
Kerana tidak diberitahu….

Melayu itu bangsa istimewa…
Tidak jemu mencari cinta…
Berabad lamanya mencari sirna..
Hidup beragama menjadi fitrah..
Mulanya Hindu kemudiannya Buddha…
Jalan kebenaran tetap di cari…
Akhirnya bertemu utusan yang dinanti…
Berbondong-bondong Islam di anuti…
Al-Quran Dijunjung…
Rasullulah Di agung…
Cinta hakiki yang dicari…
Akhirnya sudah diketemui….

Berkat doa seorang wali..
Sinonimlah Islam dan Bani Jawi..
Tebal Islamnya, tebal Melayu nya…
Tidak dapat di pisah jua…
Bagai aur denga tebing..
Bagai irama dan lagu…

Ada apa dengan Melayu?

Kau tahu jawapannya
Aku tahu jawapannya
Kerana Islam memuliakan suatu bangsa…


Setapak, Kuala Lumpur
10 Zulkaedah 1432 Hijrah

23 Komen:

Anonymous said...

perghhh dalam maknanya tuhh bro..

Sam...

Amizah Rahim said...

dalam maknanya...
semoga kita mengambil iktibar & manfaatkannya dlm kehidupan...

blog-tips-kurus said...

Melayu kena selalu beringat, jangan mudah alpa..

aku_bukan_assobiah said...

entri yg bagus...tuan kacak bestari
orang PAS sesuai baca...
Jika tk faham....ketuk kepala sendiri...

PAS : Keluarlah...dari PR

haffizmohdnoor said...

singgah sini.. JOM join bloglists Apis :D

http://haffizmohdnoor.blogspot.com/2011/05/dear-haffiz-thousand-followers-bloglist.html

misyamissyou said...

huhuu..panjang..

fairus said...

KATA-KATA INI MEMBUATKAN AKU BERFIKIR.. TQ

Ninanomonsta said...

nice :D keep it up !

ctpayong said...

andai saja tetap bersatu, tidak mudah keliru atau terburu nafsu, melayu tetap utuh serta jitu di bawah rahmat Allah Yang Satu.

kembalikan kegemilangan itu.

nabila saat said...

terbaek..!!

Urvanna Handmade said...

thanks x your visit,nnice site,wish you a very nice evening!

Encik Ska said...

Sangat penuh dengan penghayatan. Hmmm.
Kita tidak boleh menyalahkan "Melayu". Yang perlu ialah "individu" yang melakukan perkara tersebut.

Anonymous said...

DA SINGGAH NECH..
http://www.arix4.blogspot.com/

Telaga Putih said...

mntk tlg kwn2 utk like page ni buley? bg y da thnx sgt2.. kalo blm, help me plzzz http://fnndoubleooomph.com.my/home.php?fnnid=100000023988617

Yaya Azura said...

orang melayu patut sedar diri..bangsa kita sudah parah ...jgn biar bangsa lain pandang rendah dgn kita..

Ami Manaf said...

can i said i agreed with it... but still, uwaa panjangnya puisi... daebak!

Unknown said...

jika umat melayu tidak berpecah secara automatisnya Islam menjadi kuat dan gah...

shereena said...

full of meaning...^^

Mai said...

Sangat mendalam dan terkesan

lina@women's perspectives said...

Kaum Melayu harus kuat dan bersatu...

Lina said...

ok..aku pun bjln mencari idea..tp nda jumpa shoutbox..maka aku shout d sini!! aiseh..puisi2 bkin aku bepikir secara mendalam (erti kata lain, memaksa otak aku kerja keras..hahaha)

Aryamehr said...

Qawluhu al-haq wa Qalamuhu al-sadiq

Sungguh! Demi Tuhan! Karya Saudara diatas membuatkan setiap Melayu yang paham akan sejarah bangsa sebak. Sebak kerana perjuangan kita masih belum tamat untuk membukakan mata dan hati bangsa kita.

Kita harapkan Saudara terus berkarya dan membuka mata bangsa terhadap siapa kita yang sebenarnya.

Aryamehr.
sayabudakmelayu.blogspot.com

Nakbah Bangsa Melayu
http://sayabudakmelayu.blogspot.com/2011/08/500-tahun-nakbah-bangsa-melayu.html

banggarsa said...

sangat bagus sekali postingannya saya suka, mampir ke
Uang KUno Bergambar Soekarno
Membuat masker wajah dengan Madu
Iwan fals Ijinkan aku menyayangimu

Post a Comment