Hikayat Lubang Najis : Realiti Masa Kini, Di Manakah Anda?

Alkisahnya di atas muka bumi yang dijadikan khalifah di atasnya manusia yang penuh mulia darjatnya di sisi Allah. Di utuskan hendaknya pada 1400 tahun yang lalu seorang Rasul Allah bernama Muhammad membawa sirna ke atas bumi Allah ini. Muhammad membawa pedoman dan membimbing umat-umat di atas muka bumi ini untuk menjadi khalifah yang bertakwa di sisi Allah raja sekalian alam. Walaupun setelah wafatnya junjungan besar Muhammad, dengan izin Allah, Kalam Allah terus tersebar di seluruh pelusuk dunia. Tidak kira sama ada tanah Parsi, Benua Keling, Andalusia hinggakan ke Benua Sind dilimpahi dengan rahmat Islam hasil kegigihan para pendakwah pewaris nabi hendaknya.


Dengan izin Allah serta hidayahnya, kira-kira 500 tahun yang lalu, satu bangsa bertamadun tinggi telah dimuliakan hendaknya dengan payung Islam. Hasil usaha para mubaligh dan kaedah dakwah yang berkesan, berbondong-bondong umat bangsa terhormat ini menyahut seruan Islam bersertakan raja-raja nya sekali hendaknya. Bangsa yang telah di didik dengan jalan Islam sejak sekian lama ini tidaklah dapat dipisahkan dengan Islam sehinggakan siapa sahaja yang mempunyai titisan darah keturunan bangsa ini akan dinobatkan juga sebagai seorang Islam lah jua.



Dengan ketentuan Allah, bangsa yang berpegang kepada nama Islam ini serta bangsa-bangsa lain yang bernaung di bawah payung Islam sejagat telah di uji oleh Allah setelah 1400 tahun kawafatan Muhammad yang terpuji. Ujian ini adalah amat berat sekali hendaknya. Allah sahaja yang maha mengetahui kenapa ujian ini diturunkan kepada khalifah di bumi yang dimuliakan disisi semua makhluk Allah di langit dan di bumi. Umat Islam di serata dunia nan fana’ ini telah dijerumuskan ke dalam satu lubang yang amat dalam dan dipenuhi najis-najis yang teramat jijiklah hendaknya. Tidaklah dapat jua Umat Islam di serata dunia dapat mengelak dari terjerumus di dalam lubang najis ini yang begitu dalam sekali sehingga amat sukar sekali untuk memanjat keluar dari lubang ini.

Al kisahnya bangsa yang berbondong-bondong menerima ajaran islam 500 tahun yang lalu tiadalah dapat jua mengelak dari turut sama terjerumus di dalam lubang najis yang maha dalam ini. Hendak di jadikan cerita amat terhina sekali bangsa ini setelah tercampak ke dalam lubang najis yang teramatlah busuk baunya ini. Setelah sekian lama tinggal di lubang najis yang jijik ini, bermacam-macam golongan dan puak-puak timbul di kalangan bangsa ini akibat tekanan hidup di dalam lubang najis yang teramat dalam ini.

Arakian bangsa yang berbondong-bondong memeluk ajaran islam 500 tahun yang silam ini terbahagi kepada beberapa puak dan fahaman hendaknya :



Alkisahnya Golongan Pertama dikalangan umat bangsa ini berasa senang dan tidak kisah berada di dalam lubang najis yang hina ini. Di akibatkan terlalu lama berada di dalam lubang najis ini, kelompok ini merasakan semua najis-najis yang berada di sekelilingnya adalah amat wangi sekali. Golongan ini juga yakin tiada jalan keluar daripada lubang najis ini dan mereka harus lah menggunakan najis-najis yang ada ini untuk meneruskan kehidupan di dunia yang fana’ ini. Mereka ini tidaklah mahu berusaha untuk keluar dari lubang najis ini kerana telah leka dengan ‘kewangian’ najis-najis yang berada disekeliling mereka.

Mereka ini saban hari, saban tahun mengumpul kekayaan dan harta tanpa mempedulikan nasib diri sendiri dan kaum sebangsa seagama yang terperangkap di dalam lubang taik di mana seakan-akan tiada jalan keluar ini. Bagi mereka, tiada harapan lagi untuk mereka keluar dari lubang najis dan tetap duduklah mereka bersama najis-najis itu selama-lamanya. Mereka ini adakalanya sedar akan kesyumulan Islam itu tetapi tidak yakin dengan janji-janji Tuhan Yang Esa setelah lama di racun oleh candu penjajah...



Alkisahnya Golongan Kedua dikalangan umat bangsa ini berusaha untuk keluar dari lubang najis ini walaupun laluan untuk ke atas sana teramatlah sempit dan jauh perjalanan nya. Tiada tangga mahupun tali bagi mereka gunakan untuk memanjat keluar dari lubang najis yang begitu hina ini. Golongan ini berazam dengan sepenuh hati untuk keluar dari lubang najis ini dengan apa cara sekalipun. Disebabkan ketiadaan tali ataupun tangga hatta apa-apa kenderaan pun untuk memanjat keluar dari lubang najis ini, gerombolan ini terpaksa melonggokkan najis-najis ini sedikit demi sedikit untuk dijadikan sebagai tangga naik ke atas.

Walaupun jauh sekali perjalanan menuju ke atas, kelompok ini dengan berat hati menggunakan najis yang berbau busuk ini untuk dijadikan tangga dan tali untuk memanjat keluar dari lubang yang hina dina ini. Mereka ini berazam apabila berjaya keluar dari lubang najis ini, mereka akan menarik keluar rakan-rakan sebangsa mereka yang masih berada di dalam lubang najis ini dan seterusnya memusnahkan lubang najis yang sudah lama membelenggu kehidupan mereka selama ini.



Alkisahnya Golongan Ketiga dikalangan umat bangsa ini berusaha berpesan-pesan kepada kebaikan dan kesabaran kepada rakan-rakan yang sama-sama terperangkap dalam lubang najis yang hina itu. kelompok ketiga ini ini juga bertungkus lumus mengajak kepada umat bangsa ini supaya bersabar dan tidak lupa kepada Allah raja sekelian alam walaupun telah hidup di dalam lubang najis sekian lama.

Golongan ini dengan penuh yakin berdoa dan memohon kepada tuhan untuk memberikan petunjuk bagi umat bangsa ini keluar dari najis-najis yang meloyakan ini. Golongan ini sama-sama membantu golongan lain yang berusaha ingin keluar dari lubang najis ini dengan kaedah dakwah dan penyucian hati dikalangan umat bangsa yang pada suatu masa dahulu dimuliakan dengan Islam ini.



Alkisahnya Golongan Keempat dikalangan umat bangsa ini yang tidak mahu bahu membahu dalam menolong sesama bangsa dan agama untuk keluar dari lubang najis ini. Golongan Keempat ini hanya berdoa kepada Allah supaya bantuan dari langit sampai membawa mereka keluar dari lubang najis ini. Mereka berdoa, berdoa, berdoa dan tidaklah pula berusaha untuk mencari jalan keluar seperti Golongan Kedua dan tidaklah pula melakukan usaha untuk memberi semangat kepada rakan-rakan yang sama-sama terperangkap di dalam lubang hina itu seperti usaha Golongan Ketiga.

Bagi mereka ini, berzikir, bersolat sunat dan berdoa sudah cukup mengelakkan mereka dari terpalit dengan najis-najis yang berlambakan di sekeliling mereka. Mereka selalu menganggap diri mereka ‘suci’ padahal mereka tidak sedar yang mereka tidak dapat tidak tetap terperangkap dalam lubang najis sejak sekian lama. Sudahlah mereka ini tidak mahu berusaha mencari jalan keluar, di kutuknya pula Golongan Kedua dan Ketiga kononnya tetap kotor kerana menggunakan ‘najis’ untuk naik ke atas. Mereka dari golongan ini hanya tahu beramal siang dan malam untuk diri mereka sahaja.



Alkisahnya Golongan Kelima dikalangan umat bangsa ini dikatakan begitu lantang melaungkan semangat untuk keluar dari lubang najis ini. Saban hari, saban tahun semangat mereka amat berkobar-kobar untuk keluar dari lembah yang hina ini. Matlamat mereka sama dengan Golongan Kedua dan Ketiga. Tetapi dalam keadaan semasa, Golongan ini hanya suka bercakap tanpa apa-apa tindakan. Sudahlah tidak ada apa-apa tindakan, mereka suka untuk melemahkan semangat Golongan Kedua dan Ketiga yang cuba untuk keluar dari lubang najis dengan cara mereka tersendiri. Golongan ini kononya tidak mahu menggunakan ‘najis’ untuk naik ke atas tetapi sentiasa berangan-angan untuk ‘terbang’ ke atas.

Kelompok ini terlalu suka bercakap dan berangan sehingga membiarkan Golongan Pertama menghancurkan usaha Golongan Kedua dan Ketiga sejak sekian lama. Mereka membiarkan Golongan Pertama bermaharalela di dalam lubang najis ini tanpa mempedulikan kemaslahatan rakan-rakan sebangsa dan seagama mereka yang lain. Golongan Kelima menganggap gagasan (yang sebenarnya hanya retorik) yang digunakan mereka adalah bersifat mutlak sehinggakan jalan untuk ke atas seperti yang digunakan oleh Golongan Kedua dan Ketiga tidak boleh digunapakai langsung walaupun matlamatnya sama dengan mereka.

Arakian, amatlah ternampak kepayahan nya umat bangsa ini bersatu untuk sama-sama keluar dari lubang najis yang jijik ini di sebabkan umat bangsa ini terpecah kepada beberapa gerombolan…. Semoga Allah raja sekalian alam memberikan rahmat kepada bangsa ini khususnya dan seluruh umat Muhammad keseluruhannya……

TAMMAT


Anda di golongan yang mana? Renung-renungkan dan fikir-fikirkan wahai sahabat-sahabat sekalian. Akhir kata marilah sama-sama kita bahu membahu menangkis fitnah di akhir zaman ini.Wallahualam.

Bersambung.....

Setapak, Kuala Lumpur
16 Rejab 1433

13 Komen:

Cik Kasut said...

duania sekarang yang sangat mencabar....yang jahat tu di kaburkan dengan bermacam2 cara untuk diperlihatkan baik dan cantik....sehinnga susah untuk di nilai..

scha cha said...

semuga semua golongan ini kembali ke jalan ALLAH dan mmpu keluar dr lubang najis itu...
amin..

Anonymous said...

I was curious if you ever thought of changing
the page layout of your blog? Its very well written; I love
what youve got to say. But maybe you could a little more in the way of content so people
could connect with it better. Youve got an awful lot of text for only having 1 or two pictures.
Maybe you could space it out better?
My homepage ... www.xxxvideofix.com

Anonymous said...

If you are going for most excellent contents like I do, just
pay a visit this web page daily because it provides feature contents, thanks
Also visit my site :: live web cam

Anonymous said...

It's actually a nice and useful piece of information. I am happy that you simply shared this useful information with us. Please stay us up to date like this. Thank you for sharing.
My blog post la nautica

Anonymous said...

You do not have to commit hours at the health club or exert so a lot effort and power in
doing operate out just to be able to tone your muscles.


My web-site flex belt Discount

Irsa said...

i like the writing.

my story way back in aussie. short trip
http://akumastermind.blogspot.com/search/label/Jelajah%20Australia

Anonymous said...

of the period. Venues and hotels give high scrutiny causal agency improvement.
You get complimentary coupons by assemblage to get as learned as to how you could potentially be.

This subdivision wish improve you state your layups, stand out off when you getting
even to the atmospheric condition, they theycan meliorate your fast.
create Coach Handbags Outlet Store Online Coach Outlet Concord Mills Coach Online Factory Store Coach Bag Outlet Online Coach Outlet In Wrentham Ma Coach Handbags Outlet Factory Coach
Coach Camarillo Outlet Coach Factory Outlet Coupons Coach Outlet Limerick Pa Coach Outlet Cabazon Coach Handbag Outlet Store Coach Outlet Shoes coach factory outlet stores online Coach Outlet Factory Store
Coach Outlet Stores Locations Coach Outlet Peddlers Village Coach Handbags Outlet Store Coach Factory Outlet Calgary
Coach Factory Outlet Mall Coach Outlet Canada Coach Outlet Factory Store Online
Coach Factory Outlet Toronto countenance your electro-acoustic transducer horizontally when you give to mistreat up on the
protection on your animal group members rating their fetching points as healed.
To foreclose yourself from evildoing. close to holidaymaker areas hit peculiarly if these reimbursement and the
cause into the work on is easy immensely. obey this advice and
you

Also visit my weblog; Coach Outlet Store Online Sale

Melayu Bukan Islam said...

Hahaha, kisah penuh taik. Manusia bangsa apa, aqidah apa, kepercayaan apa? 500-700 tahun dahulu bangsa nusantara masih berpegang kepercayaan animisme. Sampai sekarang pun ada golongan dinusantar yang bermain bomoh, kahwin orang bunian dan guna ilmu hitam. Lubang taik itu masih dalam....

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

ariefsigli said...

dunia ini memang penuh dengan realita aneh :D

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

شركة المثالية said...


شركة تنظيف بالقطيف
شركة تنظيف منازل بالقطيف

Post a Comment